5.00pm: Semua pusat mengundi sudah ditutup. Jom teruskan berdoa dan munajat semoga Allah menangkan pihak yang benar. Allah itu Maha segalanya.
4pm: As of 4pm, 47,615 voters ( 73.82% of total voters) have cast their ballots, says the EC.
Sekitar KL dan Selangor, termasuk kawasan Hulu Selangor semakin gelap. Hujan akan turun. Ada lebih kurang 20 minit lagi pengundian tamat. InsyaAllah, Pakatan Rakyat akan menang. Sudah banyak tanda.
"Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Penentu. Menangkan pihak yang benar di PRK Hulu Selangor dan kalahkan pihak yang hipokrit. Amin ya Rabbal 'Alamin."
3.30pm, SMS terkini: Lagi SMS kemenangan kepada Zaid tersebar. Kini maklumat yang didakwa diperoleh dari risikan tentera. SMS itu mendakwa Zaid akan terus mendahului Kamalanathan sekiranya trend keluar mengundi perlahan atau normal sehingga jam 5 petang.
SMS itu juga mendakwa Zaid mungkin mendapat majoriti 3,725 undi dengan pecahan undi Melayu 55 peratus, Cina 75 Peratus dan India 60 Peratus.
Kebanyakan undi yang diperolehi Zaid dakwa SMS itu adalah dari peneroka selepas MB Selangor semalam mengumumkan Zaid mengetuai Task force menyelesaikan isu hak milik tanah.
Bagaimanapun belum ada pihak yang berani mengesahkan perkara tersebut.
0 comments:
Post a Comment