Tiga fiksyen terbaik PTS setakat saya baca dan komen

Kuseru Namamu Kekasih

Pengorbanan Rayyan kerana Allah dan agama Islam, cinta Rayyan kepada Kekasih nan satu diceritakan dengan begitu baik oleh penulis. Kepentingan peribadi diketepikan demi Islam dan demi menjaga satu pegangan supaya tidak tergelincir. Gundah jiwa diubati dengan zikir dan bersangka baik dengan Tuhan.


Kerana cintakan Islam juga yang membuatkan Zaim dan Hanisa melupakan kisah lama. Mereka berdua asyik mengamalkan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad (S.A.W) dengan reda, tanpa keluh kesah. Indahnya menghayati ajaran Islam jika kita mahu. Amat sukar seandainya syaitan dan nafsu membelenggu.


Baca lagi
di sini.


Curahan Cinta Niagara


Saya amat suka dengan kata-kata ini, “Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?” Tuhan menjawab soalan ini dalam Quran, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayanyi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216).


Kita hanyalah hamba Tuhan. Kita merancang, Tuhan juga merancang. Ingat perancangan Tuhan itu amat tepat. Justeru itu, kadang-kadang kita sebagai manusia tidak menyedari hal ini. Kita sering merasa marah dan kecewa terhadap peristiwa yang menimpa kita, tetapi itulah takdir terbaik untuk kita.


Baca lagi
di sini.


Takluk Jagat: Bisikan Ariasha


Novel ini merupakan kisah kembara hero utama, Bayu Adi Jata, menjejak keris keramat Takluk Jagat.
Bersama ‘kembar’ Takluk Jagat, Indera Bumi, dan ditemani oleh puteri bunian Ariasha Cinta Castra dan Zilastra, Bayu Adi Jata menjelajah Tanah Ini. Di setiap hentian, ada sahaja halangan. Dalam waktu yang sama, Bayu banyak belajar dari kembara tersebut. Keupayaan ilmu persilatan Bayu juga semakin meningkat di sepanjang kembara yang memakan masa dan tenaga.

Takluk Jagat: Bisikan Ariasha
menampilkan jurus-jurus jagat persilatan di Tanah Ini; Gegaran Bumi Merekah, Helang Menjunam Dari Awan, Melayah Sang Garuda, Gelora Menghempas, Julangan Panglima, Langkah Lipat Bumi, Bayu Berolak, dan pelbagai lagi nama pelik tetapi menarik.

Setiap jurus persilatan tersebut mempunyai bacaan mentera berbentuk pantun atau puisi yang cukup indah. Digarap semolek mungkin oleh Zaki Zainol. Saya terpegun dan berulang-ulang membaca setiap pantun tersebut. Bukan setakat untuk memahami apa yang dijalin oleh penulis, malah saya cuba mengecapi keindahan bahasa dan lenggoknya.


Baca lagi
di sini.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger