Saudara pernah menaiki keretapi di sebelah malam? Saya ada nostalgia yang mahu diperikan di sini. Sewaktu masih belajar di Kuala Lumpur dan kemudian di sebuah universiti di Pulau Pinang, ada kalanya disebabkan kehabisan tiket bas ekspres, saya menggunakan perkhidmatan keretapi pulang ke kampung di Jerantut, Pahang. Perjalanan di sebelah malam menjadi pilihan.
Keretapi dari Butterworth atau Kuala Lumpur akan berhenti di Gemas, Negeri Sembilan sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Timur. Di Gemas, sama ada kepala keretapi ditukar atau penumpang ke Pantai Timur akan menaiki keretapi lain. Di situlah suara sebegini akan kedengaran, “Nasi lemak, karipap, kopi O. Nasi lemak, karipap, kopi O."
Laungan itu berulang-ulang. Saya salah seorang yang akan membeli jajaan si kecil di dinihari yang dingin itu. Memang nostalgia kerana saya kira sekarang ini ‘nyanyian’ dinihari tersebut sudah tiada lagi.
Apa kerja kanak-kanak kecil yang menjual makanan dan minuman itu sekarang? Harapan saya semoga mereka semua sudah berjaya dalam pelajaran masing-masing ataupun sudah menceburi bisnes.
Berkakitan: Raih rezeki Allah sebagai jambatan
Maal Hijrah 1431: Usaha niaga bermula dari pasar malam dan nasi lemak

2 comments:
Ok....Pak Aziz pun mempunyai nostalgia yg sama.....
Assalamualaikum, Pak Aziz. Hihihi, memang begitulah manusia. Terkadang terasa ingin menyelami kembali kenangan. Pihak KTM sudah tidak membenarkan jajaan sebegitu lagi, kan?
Apa khabar dan cerita di KG1, Pak Aziz? Moga semua bahagia.
Post a Comment