Malaysia masih menanggung risiko berikutan golongan Zionis mempunyai akses kepada maklumat keselamatan milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) walaupun kerajaan UMNO/BN mendakwa sudah menghentikan khidmat syarikat berpangkalan di Israel itu.
Secara tegas dan lantang, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehadiran pakar Zionis dari syarikat Asiasoft Ltd untuk merombak sistem komputer di Bukit Aman sepatutnya tidak berlaku sama sekali.
Beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan mengapa Asiasoft yang berpangkalan di Israel dibenar mengendalikan sistem komputer PDRM begitu lama walaupun ada laporan polis terhadap isu itu, dibuat sebelum itu.
“Asiasoft yang diambil membantu komunikasi polis di ibu pejabat PDRM, buat server komputer. Di mana syarikat Asisoft? Di Singapura. Di mana pangkalannya? Di Tel Aviv, Israel.
Apabila sudah heboh, dia (kerajaan UMNO/BN) hentikan khidmat Asiasoft. Tapi, kita kena ingat, mereka sudah masuk dalam sistem kita. Kalau mereka hentikan pun, sebenarnya mereka sudah masuk,” katanya.
Anwar berucap demikian pada majlis penerangan di Kampung Selisik di Parlimen Hulu Selangor dua hari lalu dengan merujuk tindakan polis menggunakan khidmat Asiasoft untuk merombak sistem komputer di Bukit Aman.
Susulan pendedahan berkenaan, KDN bingkas mengeluarkan kenyataan yang pihaknya sudah menamatkan khidmat Asiasoft tetapi mereka tetap mahu menyiasat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau dan pimpinan Pakatan Rakyat akan terus lantang membantah tindakan UMNO/BN berurus dengan elemen Zionis yang melakukan pelbagai kekejaman ke atas rakyat Palestin.
"Saudara ingat tidak ada risiko? Saya bukan sekadar serang Israel tapi saya bongkar risikan Israel di Asia Tenggara. Ingat tidak ada risiko? Saya makan pun kena jaga. Saya buat perjalanan, kena jaga. Sebab, Israel ini boleh cari orang Hamas di hotel di Dubai. Mereka boleh tembak di negeri orang," kata Anwar dengan nada tegas. (Laporan asal dari TV Selangor)
Berkaitan: Perisik Israel dalam PDRM bukan perkara main-main lagi!
Beberapa entri tentang Zionis Israel di sini.

0 comments:
Post a Comment