Deklarasi Permatang Pauh, 12 September 1998

Apakah Deklarasi Permatang Pauh, 12 September 1998? Saya turunkan kembali deklarasi tersebut seperti mana yang diucapkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kongres Nasional 2009 di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Semoga ahli-ahli PKR khasnya dan rakyat umum amnya mengingati kembali dan istiqamah dalam perjuangan. Jangan jadi katak dan umpama kacang lupakan kulit!

Bahawa yang kita perjuangkan adalah:

- Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani, dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil.

- Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah.


- Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan.


- Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi, menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu.


- Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan maha kaya.


- Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger