Gautama Buddha memilih jalan susah mendukung kasih sayang

Gautama Buddha seorang anak putera di India ribuan tahun dulu telah memilih jalan susah untuk menemui makna hidup yang sebenar dengan menjalankan hidup seperti rakyat biasa.

Selama 49 tahun Buddha menyebarkan ajaran dengan penuh kesabaran dan menjawab segala persoalan orang ramai dengan bersungguh-sungguh, tanpa kira agama dan lapisan masyarakat.

Sifat mulia dan kasih sayang sesama manusia yang didukung oleh Gautama Buddha sepanjang hidupnya merupakan prinsip yang penting diamalkan oleh seluruh anggota masyarakat kita hari ini, sejajar dengan nilai yang kami war-warkan selama ini, yakin Kepedulian Rakyat agar hak dan kebajikan rakyat jelata, khususnya golongan miskin dan susah dijaga.

Sebarang percubaan untuk memprovokasi kemarahan terhadap kaum lain harus dibanteras sama sekali kerana keadilan sosial dan perpaduan negara hanya dapat dicapai dengan adanya ruang demokrasi dan kebebasan untuk berdialog, bukannya tindakan menghina kaum atau agama lain.

Turut dihayati ajaran agama Buddha yang menanjung nilai-nilai insaniah dan menolak penindasan terhadap manusia.

Maka, kami tekad bersama dengan rakyat dalam perjuangan membebaskan Negara ini daripada penindasan dan kezaliman, semoga keadilan, kesaksamaan dan demokrasi dibangunkan.

(Kenyataan Wan Azizah bt. Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat sempena Hari Wesak 2010)

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger