Alhamdulillah, sesi katering yang saya sebutkan sebelum ini pada 25 dan 26 Mei 2010 berjalan dengan lancar. Sesi katering di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur semalam (26 Mei) berakhir kira-kira jam 5.00 petang. Krew saya seramai 6 orang melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang.

Semasa berborak dengan krew di akhir sesi, saya teringat satu tip katering. Di sini saya ingin kongsikan bersama saudara semua.

Periuk berisi masakan berkuah seperti rendang ayam dan daging, daging masak hitam, udang atau ikan masak lemak dan seumpamanya jangan sekali-kali diletakkan di atas lantai bersimen. Akibatnya buruk sekali, iaitu dalam masa tidak sampai 2 jam, masakan tersebut akan berbuih. Memang benar, basi!

Setiap masakan berkuah yang masih panas mesti dilapik supaya dasar periuk keluli tidak menyentuh secara terus lantai simen. Gunakan sama ada kertas kotak tebal, papan atau kayu sebagai alas.

Permukaan simen yang sejuk apabila dilekapkan dengan periuk panas, akan menghasilkan olahan haba yang hebat. Apabila ini terjadi, suatu tindakan kimia bakal menyebabkan masakan berkuah cepat basi.

Saya tidak pasti sama ada kes ini juga benar bagi masakan kecil di rumah. Tetapi sekiranya memasak dalam periuk besar atau masakan dalam kawah disimpan ke dalam periuk besar bagi suatu majlis perkahwinan, langkah ini mesti dilaksanakan. Sekali lagi saya ulang, jangan sekali-kali meletakkan periuk panas berisi lauk berkuah terus di atas simen.

Saya pernah menasihati kaedah meletak masakan berkuah ini kepada sanak-saudara yang memasak di majlis perkahwinan adik sepupu di Besut, Terengganu beberapa tahun dahulu (klik di sini untuk membacanya). Alhamdulillah, masakan elok hingga ke petang.

P/s: Apa kisah foto yang disertakan? Jom ke sini.

3 comments:

Abang Long said...

Salam buat Saudaraku. Tuan Web.

Dari segi sains, saya kurang arif. Tetapi, petua orang tua - tua, memang begitu. Hatta, periuk berskala kecil juga akan mengalami kes yang sama.

Web Sutera said...

Salam kembali sahabatku Abang Long. Memang itu petua orang-orang tua kita. Tetapi ada orang sekarang tidak mahu menggunakannya atau memang tidak tahu akan hal ini. Kalau dicakap, jawabnya ialah "Mana basi, kan panas lagi!.

man said...

kata orang..periuk kalau letak atas simen pon mudah bocor

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger