KDN rampas penerbitan: Aku benci berita ini!

Malaysiakini melaporkan bahawa baru dua bulan di pasaran, tabloid politik - Kabar Era Pakatan - sudah berdepan dengan tekanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila kira-kira 3,000 nashkah tabloid tersebut dirampas Jumaat lalu kerana memuatkan isu yang menyentuh perdana menteri.
Akhbar yang dirampas itu merupakan nashkah edisi pertama (5 hingga 20 April) dan edisi ketiga (9 hingga 22 Mei).

Ketua pengarangnya, Mat Zahari Ali (foto) hairan mengapa akhbar tersebut dirampas sedangkan KDN tidak mengeluarkan apa-apa notis kepadanya sebelum tindakan tersebut diambil.

"Tapi mereka langsung tidak cakap mengenai rampasan. Apabila saya tanya (telefon) beberapa orang pegawai kementerian, mereka meminta saya merujuk kepada pegawai atasan.

"Jadi saya rasa tindakan ini diambil dari segi politik, kerana isu-isu yang dimuatkan," katanya.

Baca berita penuh di sini.

Tiada apa yang dapat aku simpulkan melainkan ketakutan pemerintah akan hal yang disentuh. Walau apapun alasan KDN, pasti semua tindakan itu disuruh oleh UMNO/BN yang begitu angkuh memerintah itu.


Sudah sepatutnya jika tidak benar berita tersebut, maka individu terbabit mesti menjawabnya dengan berhemah, bukannya kuasa yang memainkan peranan. Apa yang ada lagi pada Malaysia di bawah 1Malaysia?!


Sebut sahaja APCO, keluar sahaja Altantuya, terus rampas! Ceh, benci aku!! Kalau hendak dijadikan bukti, ambil satu naskhah sahaja sudah cukup. Atau jika mahu dibeli 1 juta naskhah pun, belilah. Tetapi jangan rampas secara percuma!!

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger