Harakah terima surat tunjuk sebab kali kedua

1 Syaaban 1431 Hijrah - Agensi berita Bernama melaporkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tempoh tujuh hari kepada lidah rasmi Pas, Harakah, mulai semalam (12 Julai 2010) bagi menjawab surat tunjuk sebab (kedua) berhubung penerbitan dan pengedaran akhbar itu yang telah pun tamat tempoh permitnya.

Aku tidak mahu memberikan sebarang komen. Baca seterusnya.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mahmood Adam berkata tempoh itu bermula semalam dan jika gagal berbuat demikian tindakan tegas akan dikenakan termasuk menggantung penerbitan akhbar itu.

Mahmood berkata meskipun Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Urusan Harakah Datuk Kamaruddin Jaafar hadir ke KDN bagi memberi penjelasan tetapi KDN masih memerlukan penjelasan bertulis.

"Mereka datang beri penjelasan hari ini, tetapi KDN tetap mahukan penjelasan secara bertulis bagi memudahkan KDN menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Penerbitan akhbar berkenaan tamat permitnya pada 7 Julai lepas dan belum diperbaharui oleh kementerian hingga kini.

Pada 8 Julai lepas, Harakah diberikan satu surat tunjuk sebab berhubung lambat menghantar lapan salinan Harakah kepada KDN setiap isu, menjual kepada bukan anggota Pas dan menjual di luar daripada tempat yang dibenarkan.

Sementara itu, berhubung kedegilan Suara Keadilan terbitan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih menerbitkan akhbar itu dengan wajah baru, Mahmood berkata bagi KDN ia tetap Suara Keadilan, penerbitan serta pengedarannya salah dan boleh dikenakan tindakan.

"Bahagian undang-undang kementerian sedang draf tindakan apa yang boleh diambil dan perkara itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat malam ini, kemudian kementerian akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu," katanya.

Lidah rasmi PKR terus diterbitkan dengan nama baru "Keadilan" biarpun permit akhbar mingguannya "Suara Keadilan" tamat tempoh pada 30 Jun lepas.

Pengarah strategi PKR TIan Chua memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini bahawa edisi yang diberi nama 'Keadilan' diedar secara percuma. - BERNAMA

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger