30 Rejab 1431 Hijrah - Tuduhan dangkal dan biadap ini datang selepas kenyataan tegas Dato' Seri Anwar yang menyelar tindakan Amerika Syarikat dan regim Zionis secara konsisten mutakhir ini. Malah, tambah menjengkelkan, kemunculan Dato' Seri Anwar di dalam temuramah CNN yang beroperasi di Amerika Syarikat juga dijadikan sebagai satu 'pembuktian longgar' Umno bahawa Anwar adalah alat CIA.

Serangan terbaru ini sekaligus menzahirkan Utusan Malaysia telah menjadi akhbar nyamuk yang mengkhianati perjuangan tokoh-tokoh seperti Allahyarham Usman Awang, Keris Mas dan A.Samad Said. Utusan Malaysia kini jelas bukan lagi satu institusi, tetapi media yang telah terlacur sepenuhnya.

Tuduhan alat CIA nyata berat dan biadap dalam keadaan segalanya bermula apabila beberapa isu yang dibangkitkan oleh Dato' Seri Anwar secara umumnya dan KEADILAN khususnya mendapat perhatian rakyat dan gagal dijawab secara berfakta oleh Umno-BN. Ini termasuklah isu APCO yang kini disambung kontrak, penglibatan Asiasoft di dalam maklumat perisikan negara, dan yang terkini ialah isu mengenai potensi Felda untuk bankrap berikutan penurunan prestasi kewangan yang membimbangkan.

Jawapan Menteri Dalam Negeri, Hishammudin Hussien bahawa tindakan akan diambil sekiranya ada bukti menunjukkan Umno begitu terdesak untuk membunuh karakter Anwar. Jawapan itu juga menunjukkan bahawa institusi polis sekaligus telah hilang kredibiliti apabila setelah 12 tahun isu alat CIA dimainkan, Dato' Seri Anwar masih gagal disabitkan dengan sebarang bukti konkrit dan sahih.

Strategi membunuh karakter Dato' Seri Anwar ini mudah dibaca: untuk mewujudkan persepsi negatif ke atas Dato' Seri Anwar di kalangan masyarakat Melayu. Melihat kepada potensi pilihanraya umum (ke-13) diadakan pada tahun ini, taktik busuk ini dicatur meskipun longgar. Kesinambungan pemberitaan negatif ke atas Dato' Seri Anwar ini jelas tidak berasaskan bukti-bukti yang kukuh. Apatah lagi, kes konspirasi liwat yang dicatur ke atas Dato' Seri Anwar juga semakin menemui jalan buntu.

AMK percaya bahawa semua ini dicatur berpaksikan kepada kegagalan Umno untuk meyakinkan rakyat dalam beberapa isu yang membangkitkan kemarahan rakyat mutakhir ini, termasuklah pembaharuan kontrak APCO di dalam urusan pengurusan komunikasi kerajaan Umno-BN.

Malah AMK tidak menolak bahawa inilah hasil yang membanggakan hasil konsultansi APCO kepada Umno. Imej Dato' Seri Anwar 'dibunuh' sehabisnya, pimpinan Pakatan Rakyat dilaga-lagakan dengan isu-isu lapuk, akhbar-akhbar Pakatan Rakyat seperti Suara Keadilan, Harakah dan Roket juga sedang berhadapan masalah pembaharuan permit.

AMK mendesak Utusan Malaysia menarik balik tuduhan biadap ke atas Dato' Seri Anwar tanpa sebarang kompromi, atau AMK akan bertindak untuk memimpin rakyat melakukan protes ke atas Utusan Malaysia.

Boikot Utusan Malaysia!

--- Siaran akhbar oleh sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia.

Berkaitan: Aku sudah lama boikot media pro-BN

1 comments:

Anonymous said...

utusan malaysia sudah jadi utsn umno,yg menyebar daayah bagi pehak umno/bn,ianya sudah menyimpang dari ahbar yg memberi maklumat bebas kepada rakyat tampa memehak kepada mana2 parti dan sepatutnya ahbar ini dibenar jual kepa ahli umno/bn sahaja seperti mana harakah dan keadilan.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger