Aku sudah lama boikot media pro-BN

29 Rejab 1431 Hijrah - Harakahdaily memetik Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat berkata beliau meminta pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat memboikot semua media pro-BN jika permit untuk akhbar pro-Pakatan tidak diperbaharui.

“Saya harap permit Harakah dan Suara Keadilan diperbaharui. Bagaimanapun, jika kedua-dua akhbar yang menjadi suara rasmi Pakatan ini tidak diperbaharui, saya cadangkan arahan rasmi dikeluarkan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan agar mula memboikot media pro BN," kata beliau melalui laman komuniti Facebook hari ini (10 Jul. 2010).

Aku sudah lama boikot media pro-BN, termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, The Star, RTM dan TV3. Sejak hampir 6 tahun dahulu aku sudah berhenti dari membaca akhbar-akhbar pro-BN. Sementara itu, RTM dan TV3 tidak lagi menjadi tontontan aku sekeluarga, terutamanya siaran berita.

Tuan-tuan dan puan-puan bagaimana? Sudahkah bertindak? Jom jangan abaikan begitu sahaja akan ulah dan perbuatan UMNO-BN.

Berkaitan:
Harakah pula kena?

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger