19 Ramadhan 1431H - Bagaikan menahan lukah di pergentingan, UMNO dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka.
Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, UMNO dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini.
Peristiwa Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun hampir dilupakan. Kini tindakan YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan YB William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pula dijadikan isu besar.
Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hukum-hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini.
Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid.
Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah.
Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah.
Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.
Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"
Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.
Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini.
Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.
Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.
Sewajarnya, para wakil rakyat PR demikian perlulah diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.
Kekecohan yang digembar-gemburkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan UMNO selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu. Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan.
Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala-UMNO ini. Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita. Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu.
Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan. Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.
--- DR MUHD NUR MANUTY, Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama Parti KeADILan Rakyat, 28 Ogos 2010.
Dr. Maza juga menerangkan bahawa majoriti fuqaha termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu. Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat.
"Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam. Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri."
Baca penuh pandangan Dr. Maza: Bukan Muslim, Masjid Dan Mainan Politik
Berkaitan: Tidak faham agama punca polemik- Nik Aziz
Doa Untuk Bukan Muslim - Dr. Maza
Pertanyaan aku kepada UMNO, sejak bila engkau orang menjadi pembela Islam? Kalau hendak membela Islam pun, biar kena cara dan kaedah. Jangan melalut tidak tentu butir bicara!
Islam apa yang dicanangkan oleh UMNO? Engkau orang hanyalah beretorik berbuih mulut di hujung nyawa!
Ini pula video hujah Dr. Danial Zainal Abidin, penulis buku Minda Muslim Super.
Akhir sekali, foto di atas apa cerita pula? Di surau mana? ORANG ISLAM tidak tutup aurat pun boleh? 1Malaysia BOLEH! Ceh!!

--- DR MUHD NUR MANUTY, Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menegaskan bahawa isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.*** (Ads) We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western. Click here for details.
Mursyidul Am PAS itu berkata, isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.
“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah."
Dr. Maza juga menerangkan bahawa majoriti fuqaha termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu. Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat.
"Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam. Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri."
Baca penuh pandangan Dr. Maza: Bukan Muslim, Masjid Dan Mainan Politik
Berkaitan: Tidak faham agama punca polemik- Nik Aziz
Doa Untuk Bukan Muslim - Dr. Maza
Pertanyaan aku kepada UMNO, sejak bila engkau orang menjadi pembela Islam? Kalau hendak membela Islam pun, biar kena cara dan kaedah. Jangan melalut tidak tentu butir bicara!
Islam apa yang dicanangkan oleh UMNO? Engkau orang hanyalah beretorik berbuih mulut di hujung nyawa!
Ini pula video hujah Dr. Danial Zainal Abidin, penulis buku Minda Muslim Super.
Akhir sekali, foto di atas apa cerita pula? Di surau mana? ORANG ISLAM tidak tutup aurat pun boleh? 1Malaysia BOLEH! Ceh!!
4 comments:
Yang salah tetap salah - masjid tempat suci org Islam. Rosmah buat tak semestinya kita kena buat jugak. Masuk masjid tutup aurat. Yang cina tu ... period ke tak? Kalau period haram masuk masjid. Kita tanya ke dia? Soal hukum hakam jangan buat main atau dipolitikkan. Kelak terus masuk neraka. Eloknya, ceramah politik usah dibuat di masjid. Politik diluar masjid, sedangkan Rasulullah menegah perniagaan di dalam kawasan masjid. Ini kan pula berpolitik.
Wallahualam.
Yg YB masuk tu surau,lah... bknnya masjid. Ada beza tu.. perempuan datang bulan blh masuk surau, tapi tidak masjid..
Mula2 baca artikel ni..nmpak semakin loosen apabila suma mahzab dikaitkan..Kenapa orng kita tidak sampaikan ilmu dalam bahasa mudah dan dlm persekitaran terdekat kita? Perlu ke kaitkan ilmu tinggi seorang penyampai apabila ada tertuduh dan dituduh...semestinya yang dituduh jelas apabila membaca pemilik yang menulis...Sya akui ramai pmbaca sudah pandai apabila baca header dan footer mesti da paham isi tengah2..Jangan mengaitkan Rasul Allah jika kita selitkan title dan pendirian kita di footer..Maaf tuan/puan..Yang salah dan tidak elok jangan dibuat...Sultan pon sedar situasi sekarang byk manipulasi.Sultan Selangor tahu perkembangan semua surau dan masjid di Selangor banding sy ni haye tahu 2/3 surau je.Jangan halalkan dan gadai mentaliti org2 yang seperti kami tidak berilmu dan tradisional dgn isu2 yang kami paham kesudahannya...
Harakahdaily melaporkan Dr Hasan (Exco Selangor) menegaskan perkara itu telah dieksploitasi oleh pihak-pihak yang ingin menangguk di air keruh lantas keadaan ini telah menimbulkan reaksi segera di pihak Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jais.
“Sedangkan Teo memang dijemput sebagai tetamu atas sifat beliau sebagai Ahli Parlimen Serdang di mana beliau dijemput menyampaikan bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah parlimen itu.
“Beliau telah dijemput masuk ke dewan solat surau untuk menyampaikan bantuan dan seterusnya menyampaikan ucapan ringkas. Ucapan beliau tertumpu kepada usaha-usaha kerajaan negeri dalam membantu pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi,” jelasnya.
Dr Hasan kesal kerana ada akhbar melaporkan kejadian itu dengan begitu berat sebelah antaranya Teo dikatakan menyampaikan ‘tazkirah’ dan dalam majlis itu beliau disebutkan sebagai menyampaikan bantuan kewangan kepada ahli-ahli PAS.
Post a Comment