Fuyoo! Banyaknya RM350

3 Ramadhan 1431 H - Duit raya RM350 untuk peneroka Felda, RM150 untuk yang di luar Felda. Fuyoo! Banyaknya! Bagusnya PM Malaysia! Beraya SAKAN gamaknya warga peneroka Felda. Bukankah begitu? Hahahaha.

KUALA LUMPUR:
Seramai 101,391 peneroka Felda akan menerima duit raya RM350 seorang manakala dan 11,244 peneroka yang tidak bersama Felda akan diberi RM150 seorang.


Ketika mengumumkan demikian hari ini, Perdana Menteri Datuk Se
ri Najib Tun Razak berkata pembayaran itu akan dibuat sebelum hari raya Aidilfitri ini di semua rancangan Felda di seluruh negara.

"Pemberian duit raya ini melibatkan bayaran berjumlah RM37.14 juta,
terdiri RM35.47 juta bagi yang bersama Felda dan RM1.67 juta bagi yang tidak bersama Felda," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Najib berkata hampir 10 peratus daripada keseluruhan 112,635 peneroka Felda, atau seramai 11,244 peneroka, dikategorikan sebagai tidak bersama Felda kerana mereka tidak menanam semula menerusi agensi itu.


"Saya berharap pemberian duit raya ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan bebanan kewangan keluarga peneroka dalam membuat persiapan menjelang ketiba
an Syawal.

*** Satu kenyataan PM yang paling letih aku dengar ialah seperti di bawah.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru peneroka yang tidak bersama Felda agar kembali bersama dengan agensi ini untuk memaju dan memakmurkan lagi tanah-tanah rancangan," kata Perdana Menteri.
- Laporan dari BERNAMA.

(Foto: Engkau orang cuba tengok dan teliti dua gambar pokok kelapa sawit yang dipaparkan. Inilah rupanya bila pengurusan ladang diserahkan kepada Felda. Apa yang tak kena? Takkan ini pun pengurusan Felda tidak prihatin? Kata pengurusannya cekap. Gone gaye, wehh!?)

*** Mesej untuk Pakcik Aziz, orang Kota Gelanggi 1. Ada komen, Pak Aziz?

Berkaitan:
Felda kaut keuntungan berlipat ganda, tetapi generasi kedua diabaikan

2 comments:

LKTP1436 said...

Maaf Nordin Pak cik Aziz terlepas pandang entry ni, hari ini baru tengok,

Memang benar mcm kata Nordin tu, geli geleman mendengarnya, bagi felda setakat RM350.00 tu mudah je....

Kurangkan harga sawit yg dibayar kepada setiap hantaran buah oleh peneroka ke kilangnya sebanyak 50sen je setan dah berlebih untuk membayar sebanyak itu.

Lepas tu pukullah canang mengatakan peneroka perlu bersyukur kepada kerajaan....

Walhal pada hakikatnya itu duit peneroka juga.

Kah...kah...kah....mampos kalau mcm ni.

Web Sutera said...

Assalamualaikum, Pak Aziz. Terima kasih atas komen. Walaupun ringkas, tetapi berbisa dan tepat. Memang begitulah apa yang ingin saya dapatkan dari Pak Aziz.

Alhamdulillah. Saya ulang: Kurangkan harga sawit yang dibayar kepada setiap hantaran buah oleh peneroka ke kilangnya sebanyak 50 sen sahaja setan. Sudah berlebih untuk membayar sebanyak itu.

Lepas itu pukullah canang mengatakan peneroka perlu bersyukur kepada kerajaan....

Walhal pada hakikatnya itu duit peneroka juga.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger