Bengong betul Chua Soi Lek!

12 Zulhijjah 1431H - Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (foto) dilaporkan sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Harakahdaily melaporkan berita bertajuk “Kedai tutup: Presiden MCA salahkan Aidil Adha”.


“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.


Kenyataan bekas menteri kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.

Kenyataan Chua turut dibidas oleh para pengikutnya di Twitter sehingga beliau dituduh sebagai seorang ahli politik yang bangkrap idea.

Reportlah polis. Minta suruhanjaya diraja. Buat demo ke,” cabar seorang pengguna Twitter Noor Azam yang juga kelihatan tersinggung dengan kenyataan Chua.

Ini bukan kali pertama presiden MCA itu menonjolkan kedaifannya terhadap hal-hal berkaitan Islam.

Pada bulan Ogos yang lepas, Chua telah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Beliau turut mendakwa pertarungan keIslaman antara Umno dan PAS sebagai punca utama negara terperangkap dalam golongan negara berpendapatan sederhana untuk sedekad yang lalu.


Kenyataan Chua tersebut menerima kritikan pedas dari ahli politik kedua-dua sisi dan disebabkan itu, sebagai jalan keluar bekas menteri Kesihatan telah menyalahkan online portal Malaysiakini dan The Malaysia Insider kerana 'salah memetik' kenyataannya.

*** Laporan Harakahdaily.


Sekiranya benar apa yang dilaporkan, maka saya katakan bahawa Chua Soi Lek bengong dan tidak tahu adab! Sudahlah berlagak, sombong pula.

Sudah berapa generasi kamu hidup di Malaysia? Tidak belajar menghormati warga Malaysia lain? Rakan kamu UMNO itu tidak memberi tunjuk ajarkah?

1 comments:

Sang Insan said...

Bila sudah diberi betis nak paha...
Kalau tak tahu adat dan budaya di Malaysia jangan duduk Malaysia!

Menangis Tan Cheng Lock di kubur bila dengar anak bangsa sendiri tak hormat bangsa lain...

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger