10 Zulhijjah 1431H - Malaysia berjaya mengikat Iran tanpa jaringan pada separuh masa pertama berikutan aksi cemerlang penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sehingga berakhir babak pertama perlawanan.
Namun, gawang Malaysia yang menerima asakan bertali arus jentera serangan Iran tidak dapat bertahan lama apabila Karim Ansari Fard merembat gol pertama pasukannya pada minit ke-52.
Suasana kelam kabut jelas mempengaruhi benteng Malaysia dengan hantaran yang tidak kemas dan mudah kehilangan kawalan bola menyebabkan Iran mengambil kesempatan kecelaruan kesebelasan negara untuk menguatkan kedudukannya menerusi tandukan Seyed Hosseini enam minit selepas itu.
Iran yang juga juara bertahan, semakin selesa mendahului apabila Amir Sharafi merembat masuk dari luar kotak penalti pada minit ke-66 sebelum Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol sagu hati Malaysia menerusi sepakan penalti minit ke-85.
P/s: Banyak yang boleh diambil iktibar dari penyertaan kita dalam sukan bola sepak di Sukan Asia 2010 ini. Dengar khabar jurulatih K. Rajagobal hanya ada beberapa ketika sahaja bagi menyiapkan pasukan ini. Mengapa? Bukankah sejak kemenangan kita merangkul pingat emas di Sukan SEA dahulu, semestinya pemantapan pasukan bermula dari situ? Di mana pemain senior? Birokrasi FAM lagi?
Berkaitan: Pengadil dari Australia, Ben Williams, perlu mendapat rawatan perubatan

0 comments:
Post a Comment