28 Syawal 1431H - Parti Keadilan Rakyat memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokong KEADILAN, untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Klang semalam.

Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej Parti.

Saya ingin tegaskan bahawa KEADILAN tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya naib presiden parti ataupun pembantu khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media.

Namun begitu kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini.

-- Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN

P/s: Selepas Saiful, kini Rahimi. Who's next?


Adakah larangan ini termasuk versi e-buku?

27 Syawal 1431H - Saya tidak pasti adakah larangan ini juga termasuk memuat turun dari Internet, kerana saya mendapat info buku ini sudah disediakan dalam format PDF (e-buku). Jika sesiapa yang ada jawapan, sila maklumkan kepada saya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan perintah larangan terhadap sebuah buku tulisan Kim Quek yang boleh menghasut pembaca untuk membenci Perlembagaan pada 30 September 2010 lalu.

Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Mahmood Adam berkata buku bertajuk 'The March to Putrajaya-Malaysia's New Era Is At Hand' tidak sesuai untuk bacaan umum.

"Bahan penerbitan itu dikenakan Perintah Larangan kerana isi kandungannya mempunyai unsur-unsur tohmahan dan spekulasi serta tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap pemimpin negara serta boleh menimbulkan kebencian dan kemarahan masyarakat.

"Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam dan kepentingan negara," katanya dalam satu kenyataan pada 30 September 2010.

Mahmood berkata mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Buku 'The March to Putrajaya - Malaysia New Era Is At Hand' itu yang mengandungi 361 muka surat dikatakan memutar belit banyak perkara dan menghasut rakyat untuk membenci Perlembagaan. (Laporan Bernama)

Salah seorang tetamu ialah Dato' Ismail Kamus

26 Syawal 1431H - Assalamualaikum. Walaupun kehangatan pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin membara, namun rakyat terus meraikan Hari Raya Aidilfitri di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ya, rakyat! Jadi aku harap geng dalam PKR jangan merobek-robek hari aku dan rakyat dengan ulas budak-budak yang tidak matang berpolitik!

Pihak Lusiana Catering juga tidak kurang sibuknya, sehingga ada beberapa permintaan perkhidmatan katering terpaksa ditolak, terutamanya pada tarikh 2 dan 3 Oktober 2010. Untuk para klien yang undangan menyediakan sajian meraikan Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah ditolak, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Justeru moto kami ialah Raikan Citarasa, maka kami hanya sanggup setakat yang termampu.

Salah seorang tetamu klien aku di keraian Aidilfitri 1431 Hijrah di Taman Melawati, Ampang ialah Dato' Ustaz Ismail Kamus. Dua kali aku bersalaman dengan beliau, semasa beliau masuk dan keluar rumah. Ternyata beliau masih gagah.


BACA PENUH >>>


Berkaitan: Pemilihan pimpinan PKR: Aku semakin mual dan menyampah!

Makan atau apa sahaja, Allah jangan lupa

24 Syawal 1431H - Makan-makan dan bebual mesra di majlis rumah terbuka Aidilfitri di dalam sebuah perpustakaan khusus memang ada kelainan. Saya secara peribadi suka melihat persekitaran perpustakaan yang turut dipenuhi sajian makanan. Namun tidak boleh dibuat acap kali, nanti mungkin ada orang kata, “Mahu baca buku atau mahu makan?”

Walau apapun, tanggal 30 September 2010, saya ke Cyber Security Malaysia bagi memenuhi undangan seorang sahabat lama semasa bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. Undangan tersebut ialah menyajikan beberapa menu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Maklumat Pengetahuan, Cyber Security Malaysia yang terletak di tingkat 1, Bangunan Sapura, Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor.


BACA PENUH >>>

Pemilihan pimpinan PKR: Aku semakin mual dan menyampah!

22 Syawal 1431H - Pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampaknya kian rancak. Malah yang bermulanya suam, kini menjadi sedikit panas. Mungkin juga akan menggelegak jika api tidak dipadamkan.

Aku menjadi hairan, malah menyampah akan apa yang terjadi. Calun itu kata begini, si fulan kata begitu. Kata situ, kata sini. Cakap pada surat khabar, hantar siaran akhbar ke sana dan ke sini. Engkau orang dalam PKR sebenarnya perjuangkan apa? Perut? Eh! Itu budaya UMNO-BN!!

Ada pula kenyataan yang merendahkan orang itu dan orang ini. Eh, ada puak pula! Itu budaya UMNO-BN yang bobrok!!

Aku tidak mewakili sesiapa atau mana-mana parti atau golongan mana. Aku kata mengikut pemerhatian sendiri. Letihlah PKR! Bagaimana mahu memimpin sebuah Malaysia yang bermaruah seandainya dalam pemilihan ini pun sudah gegak gempita?

Sungguh aku kesali ini terjadi dalam PKR. Adakah engkau orang sudah melupakan prinsip perjuangan dan matlamat PKR? Jangan ikut budaya UMNO-BN. Biarkan PKR tetap utuh dan jadikan pemilihan ini telus dan bebas. Ya, telus dan bebas, pastinya bukan mengikut acuan UMNO-BN yang engkau orang tentang itu!

Atau mahu jadi apa, PKR?
Kalau ia pun bertanding, jangan buka pekong. Busuklah!!

Halal Food & Catering Services: Lusiana Catering

Copyright © 2010 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger