Banjir: BN hanya berlakon, tuduh melulu - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 1 Zulhijjah 1431H: Dakwaan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Negeri Kedah melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa banjir di negeri itu adalah tuduhan melulu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz (foto) yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sejak dari awal banjir melanda negeri itu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan membantu mangsa banjir termasuk memastikan pusat penempatan sementara mencukupi.


"Tuduhan mengatakan kerajaan Negeri Kedah tak ambil tahu masalah mangsa banjir satu tuduhan yang sangat melulu, yang dibuat oleh Barisan Nasional.


"Kerajaan negeri menyediakan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir termasuk sumbangan daripada PAS sendiri, wakil-wakil rakyat dan sumbangan orang ramai," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini.


Ujarnya, media hanya membuat laporan berdasarkan kenyataaan pemimpin Umno, tanpa mengikuti sendiri perkembangan dan usaha yang dilakukan kerajaan negeri.


"Media juga memberikan laporan yang tak betul. Kata tak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang turun dan sebagainya. Media tak pernah pun ikut kita. Kita pun tak fikir waktu banjir ini nak panggil media, tak sempat nak tunggu media datang untuk kita redah kawasan banjir.


"Kalau nak tunggu media datang baru nak pergi kawasan banjir, bermasalah juga. Mana nak jaga orang media, mana nak bawa bantuan, bot pun tak cukup.


"Kita tak ada masa nak ambil gambar, nak berlakon, jadi kita pergi semata-mata untuk bagi bantuan. Sharizat datang sehari dua sahaja, bukan pergi semua kawasan pun," katanya.


Menurutnya juga, keadaan banjir di negeri itu sudah semakin pulih namun ada beberapa kawasan yang masih ditenggelami air. Beliau memberitahu, kerajaan negeri masih meneruskan pemberian bantuan khususnya bekalan makanan dan air bersih.


"Banjir makin pulih dan sebahagian besar mangsa sudah pulang.Tapi masak dan makan minum masih di pusat penempatan. Dijangka esok sebahagian besar mangsa akan pulang ke rumah masing-masing.


"Bantuan masih diperlukan kerana kita nak pastikan setelah pulang dari pusat penempatan, mereka dapat bagi tumpuan untuk cuci rumah yang mengalami banyak kerosakan dan harta benda.


"Kita akan bagi apa-apa sumbangan yang ada dalam stok kita khususnya air bersih kerana di kawasan tertentu bekalan air terputus," katanya lagi.


Mahfuz juga memaklumkan, misi bantuan banjir di kawasannya akan bergerak ke Kampung Empa dan Kampung Seberang Paya di Dun Bukit Lada hari ini untuk menghantar bantuan kepada mangsa di kawasan itu yang terputus hubungan dengan kawasan lain sejak beberapa hari yang lalu.


"Penduduk di sana terputus hubungan dengan kawasan lain. Bomba pun tak berani nak pergi sebab bot mereka kecil dan arus deras," jelasnya. Bekalan makanan juga akan dihantar ke Dun Bukit Pinang hari ini.

-- Oleh Hazayani Zakaria, Harakahdaily

Saya kenal mereka dan siapa bersama dia - orang Gua Musang

27 Zulkaedah 1431H - Para pengguna jalanraya Gua Musang - Kota Bharu sangat tertarik dengan cara penunggang basikal ini berkempen untuk PAS. (Foto: Kempen solo berbasikal, dari Harakahdaily)

Beliau dilihat memasang dua bendera besar PAS pada basikalnya dan bergerak ke seluruh kawasan pilihan raya dan jalan raya utama di sekitar Gua Musang.

Ketika ditemui oleh wakil Harakahdaily, penunggang ini berkata, beliau sangat marah kepada Umno dan BN yang membawa masuk ramai pengundi luar ke Gua Musang.

Ketika ditanya, bagaimana dia tahu mengenainya, penunggang ini berkata, "Saya kenal mereka dan siapa-siapa bersama dia."

P/s: Ambo tabik spring kat demo!

Tazkirah untuk aku: Aku punyai selengkap anggota

26 Zulkaedah 1431H - Beliau setinggi 78 sentimeter, lahir di Wilayah Hunan, China. Bahagian tubuhnya, dari paha ke bawah sudah tidak boleh diselamatkan. Pakar-pakar bedah menjahit tubuhnya. Dua tahun dia berada di hospital di Shenzhen untuk menjalani pelbagai jenis pembedahan semata-mata untuk membetulkan perjalanan organ dan sistem di dalam tubuhnya.

Peng Shuilin mula bersenam untuk menguatkan otot tangannya. Peng melalui semua jenis dugaan. Kini dia mengkagumkan para doktor kerana mampu melangkah kembali setelah sedekad berlalu.

Para doktor di Pusat Pemulihan dan Penyelidikan China di Beijing mencipta sejenis alat bagi memampukan beliau berjalan semula. Mereka memasang dua kaki bionik dan mencipta alat seperti mangkuk untuk menampung tubuhnya. Akhirnya, Peng dapat menapak.

RGO atau recipicating gait orthosis adalah instrumen yang dipasang di kaki bioniknya. Ada sebuah kabel yang terpasang supaya bila sebelah kaki bergerak ke hadapan, sebelah kaki lagi akan bergerak ke belakang. Akhirnya Peng dapat berjalan.

Kini Peng Shuilin sudah membuka sebuah pasaraya, yang dinamakan Separuh Orang-Separuh Harga! Lelaki berusia 37 tahun ini sudah menjadi seorang usahawan yang menjadi contoh kepada OKU-OKU yang lain.

Dengan ketinggian kurang semeter, kini Peng bergerak menggunakan kerusi roda untuk memberi kuliah mengenai pemulihan daripada kecacatan. Anda punyai sebuah tubuh dan dua kaki. Lihatlah Peng - insan yang tiada mempunyai kaki!

“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Al-Quran, Surah at-Taghabun ayat 11)

(Sumber: Alaf 21 Sdn. Bhd)

Subhanallah, Allahu akhbar!

PKR: Ingat Cerita Kuda Kayu (Trojan Horse)?

25 Zulkaedah 1431H - Tiada siapa yang sempurna. Tidak seorang pun terlepas daripada kesilapan sepanjang hayatnya. Begitu jugalah dengan parti-parti politik. Keadilan pun tidak terkecuali.

Akan tetapi, kesilapan tidak boleh dijadikan alasan mutlak. Kesilapan yang sama jangan dibiarkan berlaku berulang-ulang kali, kerana sifatnya akan berubah. Dalam keadaan itu, kesilapan sudah bertukar menjadi kesalahan.


Di sini, tidak salah kalau kita buat kesimpulan bahawa Keadilan bukan sebuah parti yang sempurna. Seperti parti-parti politik yang lain, ia juga ada cacat dan celanya.

Tetapi, adakah Keadilan sama seperti UMNO? Pada hakikatnya, tidak! Perbezaan antara Keadilan dan UMNO laksana bumi dengan langit. Kedua-duanya tidak boleh dijadikan perbandingan. Tidak betul kalau meletakkan Keadilan dan UMNO dalam kategori yang sama. Asas kedua-duanya amat berbeda. Hakikat ini merupakan ABC dalam ilmu politik Malaysia hari ini.

Kalau ianya tidak dapat dimengerti, maka samalah seperti orang Islam yang tidak memahami hukum halal-haram antara arak (seperti brandy atau whisky) dengan susu kambing.
UMNO ialah sebuah parti politik yang tegak atas dasar perkauman. Bertentangan dengan Keadilan yang mengamalkan cogan perjuangan ‘keadilan untuk semua’.

Di sebalik slogan ‘Ketuanan Melayu’, dan kemudian salin kulit menjadi ‘1 Malaysia’ seperti yang ada sekarang, UMNO mengamalkan dasar perkauman yang sangat sempit. Matlamat pucuk pimpinan umno ialah untuk terus berkuasa dan meraih keuntungan diri sendiri bersama-sama dengan suku-sakat mereka. Jumlah kecil ini membiarkan negara dan rakyat terbanyak (termasuk golongan biasa dalam UMNO) terjebak ke dalam jurang perkauman yang amat dalam. Begitulah keadaannya semenjak lebih 50 tahun yang lalu.


Rakyat berbagai kaum telah terpedaya dan dipecahbelahkan. Dalam masa yang sama, jaguh-jaguh ‘Ketuanan Melayu’ sendiri berkongkalikong dengan tokeh-tokeh besar Cina dan India.


Sekarang, rakyat telah mula sedar dan menuntut perubahan yang radikal – bukan dari jenis yang lama atau recon. Rata-rata, mereka menolak politik perkauman yang sudah ketinggalan zaman. Keputusan PRU ke-12 adalah bukti paling nyata.


Menjelang PRU ke-13, Keadilan mesti bersiap sedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar dan rumit. Kesilapan masa lampau tidak boleh berulang lagi. Tetapi, saya sendiri dapat merasakan bahawa gejala negatif yang bersifat perkauman sedang menjalar dalam Keadilan. Apa atau di mana puncanya bukanlah persoalan di sini. Selaku anggota Parti, saya menaruh rasa amat cemburu dan bimbang terhadapnya. Lebih-lebih lagi, seluruh Parti sedang gairah untuk menawan Putrajaya.


Dalam suasana demikian, seluruh Parti patut lebih berwaspada terhadap musuh yang hendak menyerang kita dari dalam. Jumlah mereka mungkin tidak ramai. Tetapi dengan bantuan dari luar dan wang yang mereka turunkan seperti hujan, bumi yang gersang pun akan menjadi basah. Di situ, rumput-rumput liar dan lalang akan segera tumbuh dengan subur.


Senario di atas mengingatkan saya kepada cerita ‘kuda kayu’ (Trojan Horse) dalam mitologi Yunani yang terkenal!

(Oleh Syed Hamid Ali, Parti Keadilan Rakyat)


Pertanyaan aku, “Andai benar PKR bukan berperangai macam UMNO, BUKTIKAN SEGERA!"

Berkaitan: PKR ada apa hal?: Sivarasa kata Zaid
Mesej cintaku terhadap saudara Anwar Ibrahim: Bermuhasabalah
Pemilihan pimpinan PKR: Aku semakin mual dan menyampah!
Aku sayangkan Islam, Malaysia dan Anwar Ibrahim


Itulah PM Najib – Harga petrol RON97 naik lagi!

25 Zulkaedah 1431H - Sejak petang semalam hampir semua sistem komunikasi media 'alternatif' melaporkan bahawa minyak akan naik menjelang tengah malam. Ramai rakyat tidak mempercayai perkara tersebut, tidak mungkin dalam sebuah kerajaan yang begitu bertamadun dengan menggunakan slogan rakyat didahulukan akan menaikkan harga bahan bakar utama negara secara senyap-senyap dan tidak bertanggungjawab.

Malangnya selepas bangun pagi, seluruh rakyat tersentak dengan ketidak pedulian regim kepada rakyat. Rakyat telah diambush secara senyap ketika tengah malam dengan menaikkan harga minyak secara senyap.Harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.

Kenaikan dinaikkan ketika rakyat mengeluh dengan kos sara hidup yang semakin naik. Harga barang dan perbagai kos hidup mula sedikit stabil. Kebanyakan rakyat baru nak sesuaikan diri (adjust nafas) selepas kenaikan 5 serangkai pertengahan Julai lalu. namun 'ambush' tengah malam semalam umpama taktik gerila yang menyentak rakyat semula. Selepas ini pasti diekori dengan kenaikan lain - lain perkara yang bersangkutan dengan kehidupan rakyat.


Tidak kedengaran kenaikan besar bahan api dunia tetapi regim ini terus menaikkan harga RON97.


Ketika ini dua pilihanraya kecil sedang berjalan. Kenaikan ini secara tidak lansung menunjukkan Regim ini sedang menguji kepekaan rakyat. Jika mereka menang pilihanraya ini maka jelas rakyat tidak peka dan regim akan pasti terus gila tidak mempedulikan rakyat.


Kenaikan berjadual ini adalah juga hasil cadangan dari Jawatankuasa Pemandu yang dibentang oleh Idris Jala beberapa ketika lalu. Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2011 sebelum ini mengumumkan pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion bagi menarik pelabur dan pelancong.


Dengan keputusan menaikkan harga minyak tersebut, membuktikan bajet yang dibentang mementingkan projek mega dari keperluan rakyat. Kita bercakap tentang kedudukan kewangan negara yang mantap, dalam masa sama kerajaan alihkan beban kepada rakyat.


Kepada pengundi Galas dan Batu Sapi jika BN menang percayalah pasti banyak lagi kenaikan selepas ini. Ini ujian kepekaan rakyat.


Menurut laporan media, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim di Dewan Rakyat hari ini bagaimanapun menjelaskan, kenaikan tersebut adalah biasa. (Siaran akhbar oleh che'GuBard)


Harakahdaily melaporkan bahawa
PAS mengucapkan 'tahniah' kepada kerajaan Umno-BN di atas keputusan menaikkan 5 sen harga petrol RON 97 bermula tengah malam tadi.

Ketika diminta mengulas perkembangan terbaru itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli secara sinis turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sekali lagi menyusahkan rakyat.


"Tahniah, sebab terus menerus buat keputusan yang menyusahkan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.


Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai hari ini tanpa sebarang pengumuman. Berikutan itu, harganya kini menjadi RM2.15 seliter.
Bagaimanapun menurut Hatta, dengan keputusan menaikkan harga minyak tersebut, membuktikan bajet yang dibentang mementingkan projek mega dari keperluan rakyat.

"Kita bercakap tentang kedudukan kewangan negara yang mantap, dalam masa sama kerajaan alihkan beban kepada rakyat.


"Saya ingatkan kepada rakyat terutama pengundi Galas dan Batu Sapi bahawa akan ada lagi kenaikan harga barang diumum kerajaan Umno BN selepas ini," katanya yang juga Koordinator Protes.

Berkaitan:
Jangan biarkan Malaysia menuju kehancuran akibat dambakan maksiat!

Hari ini kita akan berjuang: Syahid atau kemenangan

Sahabat, akan kugenggam panji-panji Ilahi, walau aku sedar terkadang aku luluh dalam bisikan syaitan durjana! Namun janji aku di alam roh tetap kugenggam erat! Takkan kulepas! Demi Islam di mana sahaja; Palestin, Iraq, Malaysia, GALAS! Di mana jua!

Kerana aku sedar bahawa kehidupan ini bukan hanya di buana fana ini. Malah aku perlukan sebuah kematian demi untuk kehidupan kekal abadi di syurga Allah. Jadi takut apa untuk berjuang demi keadilan, kebenaran dan menegakkan panji ALLAH?






Halal Food & Catering Services: Lusiana Catering

Copyright © 2010 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger