Shahidan Kassim saran Facebook disekat?

1 Muharram 1432H - Khabarnya sudah ada apa yang dinamakan Persatuan Facebook Perlis. Persatuan ini membuat laporan polis berhubung kononnya atas isu “penghinaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah laman sosial Facebook.”

Ekoran dari itu, anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (foto sedang cium tangan PM Najib) mencadangkan agar laman sosial Facebook disekat “jika ia terus menggugat keselamatan negara.” Beliau dipetik Bernama sebagai berkata “saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara.”


Bagi saya itu semua ketakutan UMNO sekarang ini. Pemimpin UMNO tidak boleh dikritik. Sekiranya dikritik maka itu disebut sebagai “menghina pemimpin”. Aduhai Melayu!


Dalam masa yang sama, memetik laporan Bernama, “laporan di Jabatan Agama Islam negeri berhubung isu itu akan dibuat berikutan tindakan pemilik akaun laman sosial itu menghina agama Islam.” Yang ini boleh dipertimbangkan oleh pihak berwajib. Itu pun kena betul-betul siasat dahulu sebelum menerima bulat-bulat apa yang dilaporkan tersebut.


Laporan oleh Bernama bertajuk Shahidan Saran Facebook Disekat Jika Terus Gugat Keselamatan boleh dibaca di bawah.


*** Selamat menyambut Maal Hijrah 1432H untuk semua Muslimin dan Muslimat di Malaysia. Mari kita doakan semoga kemenangan kepada Islam walau di mana sahaja. Amin ya Allah ya Rabbal 'Alamin.
KANGAR: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mencadangkan agar laman sosial facebook disekat jika ia terus menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara.


"Jika mengancam keselamatan negara dan wujud unsur penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada facebook," katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Persatuan Facebook Perlis membuat laporan polis berhubung isu penghinaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah laman sosial facebook, di balai polis Kangar, di sini Isnin.


Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Facebook Perlis Mohd Faizuddin Ismail kira-kira 5.30 petang. Selain laporan polis, laporan di Jabatan Agama Islam negeri berhubung isu itu akan dibuat berikutan tindakan pemilik akaun laman sosial itu menghina agama Islam.


Shahidan berkata penghinaan terhadap kedua-dua pemimpin negara itu di laman sosial terbabit disedari oleh anggota persatuan berkenaan pada 29 November lepas kira-kira 10.30 malam.


Shahidan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang berkata pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemilik akaun laman sosial itu.

Selain SKMM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Fatwa Negara juga perlu mengambil tindakan ke atas pemilik akaun yang menghina agama Islam. - BERNAMA

Minyak RON95: Kerajaan UMNO-BN pembohong besar!

30 Zulhijjah 1431H - Baca keratan akhbar ini. Sila klik untuk besarkan. Atas alasan apa sekali pun, kerajaan UMNO-BN pembohong besar!

UMNO-BN dan SYABAS jahat, polis brutal! (Video)

30 Zulhijjah 1431H - "Tahniah khusus kepada 70 peratus anak-anak muda yang berumur 30 tahun ke bawah datang untuk menyatakan bantahan. Kedatangan mereka memberi isyarat kepada UMNO-BN bukan jalan mudah mereka untuk menang selesa dalam PRU akan datang. Generasi muda tidak rela hak mereka diperkosakan oleh kerajaan BN," kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.


Berkaitan: UMNO-BN, SYABAS dan polis JAHAT! (Video)
Apakah jadahnya gaji CEO SYABAS RM425 ribu sebulan?
Selangor: Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat

UMNO-BN, SYABAS dan polis JAHAT! (Video)

SHAH ALAM, 29 Zulhijjah 1431H – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan polis menggunakan kekerasan dan menangkap kira-kira 50 orang peserta perhimpunan membantah kenaikan harga air di Masjid Negara hari ini.

Beliau berkata, polis tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman namun menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasihnya kepada semua pihak yang menyokong perhimpunan hari ini, serta menyeru agar mereka terus menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih industri air.


Khalid menyatakan kekesalannya dalam satu kenyataan sebaik sahaja selesai menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.


Tambahnya, Kerajaan Pusat sepatutnya bersama menyokong kerajaan negeri untuk menghentikan perjanjian tidak adil yang didakwa hanya memberi kebaikan kepada syarikat konsesi.


Menurut kenyataan berkenaan, Khalid berjaya menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang.


Sebelum itu, cubaan pelbagai pihak termasuk polis dengan mengadakan halangan serta sekatan jalan raya gagal membendung lebih 10,000 rakyat berkumpul di Istana Negara bagi menyertai perarakan ‘Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat’ menyerah memorandum kepada Istana Negara.


Berbeza dengan halangan dan sekatan yang digunakan oleh polis menghalang perhimpunan rakyat menyertai perarakan penyerahan memorandum, ‘Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat’, GapS kelihatan diberi kerjasama sepenuhnya oleh pihak berkuasa termasuk memasuki kawasan istana tanpa sebarang sekatan untuk menyerahkan memorandum mereka.


(Laporan SelangorKini)

Suhakam says the police were rude and unprofessional, and should be better trained, reports Malaysiakini.

Berkaitan: Demo air: Polis tembak gas pemedih mata

48 penyokong baju merah ditangkap

Tidak padan polis tangkap peserta himpunan

Himpunan bersurai, 50 ditangkap

Bukankah Allah itu Maha Tahu akan setiap hambaNya?

29 Zulhijjah 1431H - Ada orang dianugerah oleh Allah dengan minda yang cerdas. Hadiri sekali sahaja sesi ajaran guru, lantas terus faham dan dapat menyelesaikan setiap masalah rumus matematik. Aku pula jenis yang agak payah memahami ajaran guru. Justeru itu aku giat melakukan latih tubi dengan mengulang-ulang menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Orang itu berjaya dan aku juga berjaya. Orang itu masuk universiti, dan aku juga beroleh sekeping kertas yang dinamakan ijazah kepujian.

Ada orang yang mudah meraih rezeki anugerah Allah. Ada orang yang kaya sebaik sahaja dilahirkan ke dunia lantaran legasi bisnes keluarga atau lain-lain tuah. Aku pula bermula dengan bertatih.
Merangkak dan berdiri tegap dalam mencari rezeki dan membangunkan bisnes. Orang itu berjaya dan aku juga berjaya.

Setiap manusia dianugerahkan rezeki dan ujian yang rencam serta ada tahap tersendiri. Setiap insan tidak akan sama untung nasibnya.
Namun Allah menyuruh kita berusaha, berdoa dan bertawakal. Allah itu sifatnya Pengasih dan Penyayang. Allah juga Maha Pembuka. Setiap ujian itu sesuai untuk masing-masing si empunya diri. Bukankah Allah itu Maha Tahu akan setiap hambaNya?

Jadi mengapa keluh kesah? Jom berjuang dan raikan ilmu!
(Oleh Web Sutera)


Islam wajib menjadi tuan


Berdasarkan prinsip tersebut para pencinta Islam berebut-rebut untuk menjadi hamba Allah bukannya berlagak tuan kepada mana-mana makhluk di dalam alam semesta ini. Dalam surah al-Isra', Allah memanggil makhluk yang paling dikasihinya Nabi Muhammad SAW dengan gelaran hambaNya.

Demikian juga, ketika Tawus al-Yamani menghadap Hisham bin Abdul Malik beliau hanya memanggil nama "Ya! Hisham", bukannya dengan gelarannya sebagai pemerintah agung atau ketua kerajaan.


Hisham yang begitu marah lalu bertanya kepada Tawus, mengapa beliau tidak memanggilnya dengan gelaran itu? Lalu Tawus menyatakan bahawa Allah memanggil mereka yang dikasihinya seperti yang termaktub dalam al-Quran dengan nama masing-masing seperti Dawud a.s. dan Isa a.s, malah menyebut dengan gelaran hamba seperti dalam surah al-Isra' tersebut. (Oleh
Dr Mohd Zuhdi Marzuki)

BACA LAGI: Kehambaan Melayu dan ketuanan Allah

PAS dan Pakatan Rakyat, masa berbulan madu sudah tamat

27 Zulhijjah 1431H - Masa untuk berbulan madu untuk PAS dan Pakatan Rakyat sudah berlalu. Masa dua tahun lapan bulan mandat yang telah diberikan oleh rakyat melalui undi protes dalam PRU 8 Mac 2008 sedang diperhatikan oleh rakyat. Media UMNO-BN telah hilang kewarasan untuk memastikan tuannya tidak hilang kuasa di Pusat. Mereka sudah mengalami keperitan seperti cacing kepanasan apabila terlepas negeri Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Mereka marah bukan kerana Melayu tidak terbela dan Islam tidak terjaga. Selama ini pun mereka yang menghina Islam dengan menutup surau dan hendak menangkap Dr Harun Din dan Datuk Ishak Baharom.

PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat mesti ada kesungguhan untuk mempertahankan kemenangan. Perlu diingatkan mempertahankan kemenangan lebih sukar daripada mendapat kemenangan. Persepsi rakyat sedang diburukkan oleh media UMNO setiap hari terutama televisyen yang menjadi rujukan utama rakyat. Jalan keluar mesti dilakukan untuk membentuk persepsi rakyat supaya menyebelahi Pakatan Rakyat.

Penentuan undi ialah kebanyakan dibuat oleh golongan yang hanya menjadi pemerhati dan tidak berparti. Contohnya jika satu lokaliti mempunyai 100 orang pengundi, yang berparti hanya 40 orang sahaja, selebihnya ialah mereka yang hanya membuat keputusan terakhir. Kebiasaanya mereka ini akan mengundi BN kerana terpengaruh dengan media, wang dan jentera kerajaan.

Walaupun kita tidak mampu untuk melawan media perdana BN seperti televisyen, namun usaha pencerahan pemikiran rakyat mesti dibuat.

Sebenarnya Pakatan Rakyat mempunyai lambakan isu yang banyak dalam bentuk penerangan atau menyerang. Risalah dan akhbar parti begitu cantik menjawab isu, namun gagalnya ialah risalah tersebut tidak sampai kepada sasarannya, kerana dilonggok di markaz, masjid dan surau sahaja. Mekanisme ini mesti dibetulkan dengan segera. Individu yang bertugas secara tetap perlu dilantik supaya tidak berlaku pembaziran maklumat dan wang.

Usaha daftar pemilih mesti dibuat, tidak cukup dengan laungan semangat. Sepenuh tenaga mesti ditumpukan untuk menggerakkan daftar pemilih. Untuk suku terakhir yang akan tamat pada Disember 2010, maka perlu program ops daftar pemilih dibuat secara serius secara mingguan dan terancang. Pimpinan kawasan, pemuda, ulamak, muslimat, nisa' dan amal kena tumpu kepada daftar pemilih. Kena jadikan ini agenda utama jika mahu kekalkan kemenangan dan menawan Putrajaya. Biar kita resah sekarang daripada kita menangis akibat kecuaian kita yang tidak buat kerja untuk menang.

Kain-kain rentang yang ditulis untuk menjawab isu seperti "Umno khianat tanah Rezab Melayu" , "Umno menghakis Kuasa Raja-Raja Melayu" dan "257 ribu anak luar nikah daripada tahun 2000-2008”, mesti ditukar dalam masa dua minggu, dengan isu-isu yang lain, kemudian diletak di tempat yang strategik. Ini adalah satu cara untuk membentuk minda pengundi yang selama ini dirosak oleh media UMNO.

--- Oleh Ustaz Idris Ahmad (foto), Ketua Penerangan PAS Pusat.

Apakah jadahnya gaji CEO SYABAS RM425 ribu sebulan?

26 Zulhijjah 1431H - Solidariti anak muda malaysia (SAMM) sebuah gerakan anak muda non-structural yang yakin dengan penyusunan anak muda ke arah kebangkitan mendesak perubahan, telah memutuskan akan bersama dengan YAB Menteri Besar Selangor dalam satu himpunan aman bagi mengadap DYMM SPB YG Dipertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda tuanku dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

SYABAS sebuah syarikat ciptaan regim yang terlalu kaya sehingga gaji CEOnya TanSri Rozali menjangkau RM425 ribu sebulan (itu belum masuk perbagai elaun keistimewaan) hanya dengan memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat.


Bukan sahaja kenaikan harus ditolak tetapi air seharusnya dikendalikan oleh kerajaan bagi pihak rakyat.

Himpunan aman merupakan hak rakyat. Rekod setakat ini himpunan aman hanya menjadi kacau dan menyebabkan gangguan trafik teruk apabila melibatkan gangguan pihak polis.

SAMM sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi untuk bersama memastikan himpunan aman ini lancar. Sekurangnya 50 orang 'marsyal demo' yang berpengalaman akan diturunkan bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang kejadian tak diingini. Mereka ini berpengalaman sejak 1998, mereka ini terdiri dari yang pernah mengendalikan himpunan bersih,kesas dan lain-lain. Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut. Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka.

SAMM menyeru semua anak muda untuk turun bersama atas semangat ketuanan rakyat mempertahankan hak asas. Ini juga kali pertama dalam sejarah himpunan anjuran kerajaan negeri.

Seharusnya semua anggota JKKK, ahli majlis dan jentera bawah kerajaan negeri harus hadir bersama mengiringi Menteri Besar. Semua ADUN tidak harus gagal hadir demi pertahan hak rakyat.

Difahamkan kerajaan negeri sudah berhubung dengan pihak istana. Acara 5 Dis. 12pm itu ialah praktik membesarkan institusi beraja, rakyat mengadap raja mengadu masalah. Siapa yaang mengganggu urusan rakyat mengadap raja boleh dikira derhaka.

SAMM juga merafak sembah ke atas DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong ke atas keperihatinan baginda menerima rakyat mengadap. Begitulah seharusnya hubungan raja dan rakyat. Ingat ketika Malayan Union dipaksa kepada bumi ini yang bakal menelan kuasa raja, rakyat bangkit membela.. Maka sewajarnya bila rakyat derita pertahan hak air sebagai hak asas semua pintu istana yang terbuka amat bermakna.

Kesudian Tuanku mencemar duli membuka pagar istana untuk rakyat mohon mengadap amat dihargai dan sama sekali menghapuskan pandangan persepsi negatif bahawa Raja Melayu merupakan institusi yang tidak bermaya.

PDRM dipercayai akan bertindak lebih waras lagi terutama selepas keputusan mahkamah tinggi Kuala lumpur yang membebaskan tertuduh himpunan bersih dengan kenyataan hakim yang menyatakan masjid negara tempat awam dan orang ramai bebas berkumpul.

Ayuh semua datang raikan pesta kuasa rakyat. Warna tema kali ini merah. Datang dengan baju merah, belon merah, payung merah pendek kata serba merah.

Jumpa di sana.

--- Oleh che'GuBard, Penyelaras/pengasas SAMM, 1 Dis. 2010

Berkaitan:
Video Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat

Selangor: Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat


26 Zulhijjah 1431H - Aku sokong MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha melindungi hak air rakyat Selangor.

Kempen Air Untuk Rakyat ini akan menyaksikan sasaran 100,000 rakyat menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, di Istana Negara, pada 5 Disember depan.

Aku sebagai rakyat Selangor berhak menuntut air bersih dengan harga yang berpatutan. SYABAS jangan angkuh dan hanya ingin mengaut keutungan semata-mata!!

Mencumbu buku, dengan ketagihan baharu

Baca lagi di sini.

Berkaitan:
Cukup hanya ‘membaca’ al-Quran?
Setiap ahli PAS kena baca buku mengenai politik – Nik Abdul Aziz

Buku Khalifah-Khalifah Yang Benar banyak faktor penarik

P/s: Saya memang ketagih!

Jom makan kek!

25 Zulhijjah 1431H - We provide catering services for the following; courses, training and seminar, product launching, PR events, birthday, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger