Isu Agama Rasmi: Satu propaganda jahat UMNO-BN

9 Jamadilakhir 1432H - Isu sumpah laknat dan tayangan video seks oleh Trio Datuk ‘T’ semakin menyerlahkan pembohongan dan memakan diri UMNO.

Mereka hilang kawalan apabila para ulama, NGO dan rakyat biasa bangun mengkritik amalan kurafat dan mungkar ini. Walaupun isu ini digunakan semasa kempen PRN Sarawak baru-baru ini, pembohongan mereka ternyata telah menghakis sokongan orang Melayu pada mereka, manakala orang bukan Melayu pula terus kekal menyokong Pakatan Rakyat. Fitnah video seks ternyata gagal mencapai matlamatnya. Maka isu yang berbaur agama kini direkayasa untuk memperdaya orang Melayu kembali menyokong mereka.


Muka hadapan akhbar milik UMNO Utusan Malaysia pada 7 Mei 2011 memaparkan tajuk “Kristian Agama Rasmi”. Tajuk tersebut secara terang-terangan cuba menimbulkan provokasi terhadap hubungan masyarakat pelbagai agama di negara ini. Hakikatnya sentimen agama digunakan untuk melaga-lagakan penyokong Pakatan Rakyat melalui congak politik kuno mereka. Selepas melontar berita palsu, siri laporan polis oleh badut-badut UMNO-BN pula direncana untuk menunjukkan bahawa merekalah jaguh mempertahankan maruah orang Melayu dan Islam.

Setelah setengah abad diberi amanah mentadbir negara, UMNO0-BN sebenarnya telah gagal untuk memastikan kecemerlangan Islam sebagai agama rasmi. Nilai-nilai agama dalam masyarakat lansung tidak diberi perhatian. Sekolah Agama Rakyat dipinggirkan. Gerakan dakwah dinafikan hak untuk memanfaatkan institusi agama seperti masjid dan surau. Jabatan-jabatan agama dijumudkan untuk kepentingan politik sempit mereka sahaja. Akhir jenayah sosial di kalangan generasi muda Islam gagal dibendung.

Parti KEADILAN Rakyat ingin menegaskan bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sepakat untuk mempertahankan empat perkara pokok dalam Perlembagaan Malaysia iaitu:

(1) Islam sebagai agama rasmi Persekutuan manakala agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman.

(2) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan.

(3) Hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.

(4) Kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Parti DAP sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan berpegang kepada konsesus Pakatan Rakyat yang akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan penganjur program berkenaan (National Evangelical Christian Fellowship, bersama rakan-rakannya yang lain, Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship) dengan tegas menyangkal dakwaan blog-blog yang menjadi rujukan Utusan sebagai satu pembohongan dan tidak berasas sama sekali.

Pertemuan tersebut sebenarnya membincangkan isu berkaitan rasuah dalam negara. Rakyat yang celik maklumat sedar bahawa isu ini hanyalah propaganda jahat UMNO-BN untuk mengalih perhatian daripada kegagalan fitnah video lucah yang dilontarkan kepada Anwar Ibrahim. Rakyat semakin muak dan bertambah benci terhadap kebobrokan mereka.

UMNO-BN semakin kepanasan dan terdesak dengan kemunculan semula Anwar Ibrahim, Azmin Ali, R Sivarasa dan Karpal Singh di Parlimen pada 14 Jun 2011 nanti.

--- Oleh Haji Ahmad Kasim (YB), Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA), Parti Keadilan Rakyat.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger