10 Jamadilakhir 1432H - Saya merujuk kepada tuduhan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan akhbar UMNO seperti Utusan Malaysia bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan perkataan "pandikutty" terhadap Datuk Seri Najib di sebuah majlis di Klang pada 7 Mei 2011.
Perkataan ini bermakna babi kecil. Saya berada di Majlis tersebut dan mengesahkan di sini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim TIDAK menggunakan perkataan tersebut terhadap Najib.
Sebaliknya beliau menggunakan perkataan tersebut berkaitan dengan politik kotor dan jijik yang diamalkan oleh Barisan Nasional. Sekali lagi, suatu tuduhan yang palsu sama sekali telah dibawa terhadap Ketua Pembangkang oleh parti BN dan media massanya. Perdana Menteri sendiri telah mengulangi tuduhan palsu ini dalam komennya pada hari ini (dua hari lalu - WS) yang menyerang Anwar Ibrahim atas isu ini.
Adalah juga ironik untuk mendengar rungutan remeh seperti ini daripada parti BN yang telah melemparkan berbagai-bagai fitnah melampau dan jahat ke atas Ketua Pembangkang sejak tahun 1998.
BN juga tidak pernah teragak-agak untuk memperalatkan badan kehakiman dan polis untuk membawa tuduhan jenayah palsu terhadap Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain.
Meskipun ini, Najib masih tergamak untuk menuduh ketua pembangkang mengamalkan politik tidak beretika dalam kenyataannya hari ini (dua hari lalu - WS). Adalah jelas bahawa Barisan Nasional menganjurkan kontroversi palsu dan kosong seperti ini untuk cuba mengalih perhatian rakyat daripada kelemahan pemerintahan BN dan kenaikan harga petrol dan barangan yang tidak wajar.
Kami sekali lagi menuntut bahawa pemimpin BN hentikan politik kotor dan pengeluaran kenyataan palsu dengan segera.
--- Oleh N. Surendran, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

0 comments:
Post a Comment