17 Jamadilakhir 1432H - Parti Keadilan Rakyat telah menerima notis bertarikh 9 Mei 2011 ditandatangani oleh Dato' Abdul Rahman Othman, di bawah Kementerian Dalam Negeri di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011.
Notis telah dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung. Notis menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatalkan selepas 9 Jun 2011 melainkan parti menyatakan sebab mengapa ia tidak wajar dibatalkan. Dakwaan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis adalah seperti berikut:
“Telah sengaja melanggar Fasal 32.2.1 (sic) Undang-Undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian Rajagopal (sic) a/l Andaikallam pada 1/4/2009 ( sic ) dan 27/4/2009 tanpa terlebih dahulu disoalsiasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin."
KEADILAN menganggap notis ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Ini adalah tindakan terdesak UMNO-BN yang kini menggunakan undang-undang menindas seperti Akta Pertubuhan 1966 untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN dengan asas yang dangkal dan jahat.
Notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 13 ini bermakna pihak Pendaftar Pertubuhan telah "berpuashati' dengan dakwaan yang dilemparkan. Namun dakwaan karut ini jelas mengelirukan kerana Fasal 32.2.1 langsung tidak wujud di dalam perlembagaan KEADILAN. Walaupun ianya kesilapan ejaan, Fasal 32 tidak langsung berkaitan dengan isu disiplin dan Lembaga Disiplin.
Pihak Pendaftar Pertubuhan turut melakukan kesalahan kerana rekod parti menunjukkan bahawa nama individu yang dinyatakan sebenarnya adalah Jayagopal a/l Andaikallam (No KP 520929-02-5709) dan bukannya Rajagopal a/l Andaikallam.
Tarikh pemecatan beliau dari parti adalah pada 27 April 2009 dan diputuskan dalam Majlis Pimpinan Pusat pada tarikh tersebut. Kami terkejut dengan dakwaan pihak Pendaftar Pertubuhan kerana bagaimana individu ini boleh dipecat sebanyak dua kali.
Dakwaan dan campurtangan Pendaftar Pertubuhan dalam masalah dalaman parti ini ternyata sangat tidak berasas dan tidak adil. Perkara tentang disiplin dan prosedur berkaitannya adalah sepenuhnya masalah dalaman parti.
--- Oleh Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.

0 comments:
Post a Comment