19 Jamadilakhir 1432H - Lebih 20 penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.
Menurut Berita Harian Online yang menghubungi jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan. Setakat ini dua mayat kanak-kanak iaitu penghuni rumah anak yatim itu sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh.
P/s: Ya Allah, berikanlah mereka kebaikan dan ampunkan dosa mereka. Amin! Berita ini menyedihkan. Apa pangajarannya? Fikir-fikirkan, insya-Allah.
UPDATE: Kini enam mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera. Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, ahli-ahli bomba dan penduduk kampung mengeluarkan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

0 comments:
Post a Comment