Hijab Raja Zulqarnain: Yakjuj dan Makjuj

4 Rabiulawwal 1432H - “Sufyan al-Thauri melaporkan daripada ibunya Habibah bahawa isteri Rasulullah Zainab binti Jahasyh berkata, “Rasulullah terjaga dari tidurnya dengan muka merah, baginda berkata, “Celakalah orang Arab kerana kejahatan telah hampir berlaku. Pada hari ini diselongkar (dipecahkan) timbunan (tembok) Yakjuj dan Makjud seperti ini.” Lantas baginda memusingkan ibu jari dan jari telunjuknya. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, adakah kami semua akan musnah sedangkan ada di antara kami yang beramal soleh?” Rasulullah menjawab, “Ya, jika banyaknya keburukan.”” (Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad)

“Dalam hadis yang lain, Abu Hurairah berkata, “Rasulullah (SAW) berkata, “Yakjuj dan Makjuj menebuk tembok setiap hari sehingga mereka dapat melihat cahaya matahari. Lalu pemimpin (mereka) berkata, “Baliklah dan sambunglah pada esok pagi.” Kemudian Allah mengembalikan tembok tersebut menjadi lebih keras (lagi) sehinggalah sampai waktunya Allah akan mengirimkan mereka kepada manusia sehingga mereka boleh menebuknya,” jelas Ustaz Samsujali petah dan lancar sambil tersenyum memandang tuan moderator.

BACA LAGI >>

** Special note:
Hamas has been in power in Gaza for four years, & is firmly entrenched in the community. The organisation's early origins lie in the Muslim Brotherhood, and the two groups still have very close links. While Egypt’s political turmoil shakes up the Middle East, Hamas could benefit if the Brotherhood becomes a rising political force following the country's current crisis. (Al Jazeera's Nicole Johnston reports from Gaza).

ISLAM WILL RISE TO VICTORY! ALLAHU AKHBAR!


Syaikh Yusuf Qardhawi kata Mubarak BUTA dan PEKAK!

3 Rabiulawwal 1432H - With protests demanding an end to Mubarak's rule entering a 12th day, people in Tahrir Square vow to continue efforts.

The Mubarak regime has been a tool with which Israel and the US have pressured Palestinians.


Iranian supreme leader urges Egyptians to follow in the footsteps of Iran's 1979 revolution.


Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf Qardhawi
menyeru Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur 'dengan kedua-dua kakinya' secara sukarela, sebelum beliau diundurkan secara paksa. Al-Qardhawi menyifatkan regim Hosni Mubarak sebagai tidak sedar, tidak faham, buta dan pekak.
LAGI >>

Regim zalim di Malaysia nampaknya sudah menghitung hari (Video)

1 Rabiulawwal 1432H - Sahabat Fecebook Ahmad Shakir menulis, "Baru pulang dari Himpunan Aman Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir. Sesudah himpunan aman selesai, ketika para demonstran sedang bersurai pulang, pihak polis secara keji dan rambang telah menangkap beberapa orang demonstran bagi memenuhi KPI yang telah ditetapkan oleh Rejim Ben Mansor dan Ben Razak. Regim zalim di Malaysia nampaknya sudah menghitung hari. Kejatuhan mereka akan tiba tidak lama lagi."

Harakahdaily melaporkan himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan water canon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.

Polis didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

PM Najib, ada berani mengutuk regim jahanam Hosni Mubarak?



Sejarah tidak berubah, tetapi.....

30 Safar 1432H - Dr. Mohamed mengatakan seterusnya, “Tajuk-tajuk yang dipilih mestilah dikemukakan kepada saya selewat-lewatnya dua minggu dari sekarang. Tuan-tuan dan cikpuan-cikpuan boleh memberitahu saya sosok sejarah yang dipilih melalui emel ataupun melalui rangkaian intranet jabatan sejarah.

Selepas kamu semua memilih sosok sejarah tersebut, saya bagi tempoh dua minggu lagi untuk membuat perubahan pilihan. Selepas tempoh itu, saya tidak membenarkan sebarang pertukaran lagi. Kamu semua faham?”
“Dr. Mohamed, bolehkah kami memilih sosok yang sama?” tanya salah sorang pelajar.


BACA LAGI >>

Aku punya cerita....

Wahai anak-cucu sekalian manusia, perlu diketahui bahawa narasi yang menggambarkan Alexander sebagai seorang penyembah berhala bukannya sebuah laporan yang bersaksikan mata, melainkan datang dari apa yang beberapa sejarawan Yunani seperti Arrianus, yang hidup berabad-abad setelah Alexander. Penceritannnya berdasarkan sumber yang sangat kabur atau pun kekaburan mata hatinya yang ditutup kejap! Juga tidak ada bukti atau saksi mata akan Alexander menjadi gay atau pemabuk.

MAHU BACA? >>

Jelajah pimpinan KEADILAN usaha bersih imej

28 Safar 1432H - Khabarnya Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan mengadakan program jelajah pimpinan KEADILAN mulai 1 Februari 2011. Program ini dianjurkan oleh Ibu Pejabat KEADILAN dengan kerjasama cabang-cabang parti seluruh negara.

Program pertama bermula dengan dialog dan tweetup bersama Nurul Izzah Anwar dan Nik Nazmi Nik Ahmad di Empire Gallery, Subang Jaya pada jam 4 petang. Pada sebelah malam Ceramah Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia akan diadakan di Taman Sri Manja, PJS 3. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Gobind Singh Deo, Khalid Samad, Nurul Izzah, Tian Chua, Nik Nazmi dan Haniza Talha akan berucap di program tersebut.

Saya melihat program ini sebagai cubaan untuk membersihkan imej KEADILAN yang terpalit semenjak pemilihan kepimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat lalu. Ya, sama ada KEADILAN mahu mengaku atau tidak, itulah yang menjadi tanggapan rakyat jelata yang tiada apa-apa jawatan dan kepentingan seperti saya ini.

Kejadian mutakhir ialah kes Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang mengumumkan keluar daripada parti itu baru-baru ini. Tidak ketinggalan juga kekalahan calun PAS dari Pakatan Rakyat di PRK DUN Tenang boleh diambil iktibar. Kata orang tua-tua, masakan pokok bergoyang jika tiada angin.

KEADILAN mesti berani bermuhasabah. Jangan ANGKUH! Jangan hanya beretorik tetapi tidak bertindak sewajarnya. Kotakan bagai dikata! (Ah! Ini selalu saya katakan kepada UMNO-BN!)

Dalam pada itu, apakah
Gobalakrishnan jujur dalam kata-katanya berkenaan KEADILAN? Atau pun dia ada agenda tersendiri?

Menurut kenyataan KEADILAN, program jelajah pimpinan itu signifikan memandangkan buat pertama kali Ibu Pejabat KEADILAN memainkan peranan secara langsung dalam penganjuran bersama dengan cabang-cabang. Edaran risalah isu-isu semasa, kaunter pendaftaran pengundi dan keanggotaan akan dibuka semasa program dijalankan.

Program ini akan diteruskan di 30 kawasan Parlimen yang dilihat strategik dan dijangka berakhir pada April 2011.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger