Tahniah untuk nakhoda PAS 2011-13

3 Rejab 1432H - Demi Islam, semua gabungan pimpinan adalah bagus. Saya sebagai salah seorang umat yang cintakan perjuangan harakah Islamiyah, bukan sahaja mahu pimpinan Islamik, malah yang terlebih utama ialah KEPEMIMPINAN ISLAM demi masyarakat Malaysia yang harmoni dan merintis jalan ke syurga abadi. Tahniah. ALLAHU-AKHBAR!

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat membayangkan saf kemimpinan baru PAS yang dipilih pada muktamar ke-57 parti itu semalam menjadikan jalan menuju ke Putrajaya makin jelas.

Bercakap ketika ditemubual Harakah dan Harakahdaily hari ini, beliau yakin kabinet baru PAS itu mampu melakar masa depan baru untuk PAS khususnya menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Jalan menuju Putrajaya makin jelas. Jangan ada jual kad pengenalan, bagi kepada warga asing mengundi, insya-Allah."

Memetik kata-kata Yang Dipertua PAS Pandan, Selangor, Tuan Iskandar bin Abdul Samad, "
Seseorang yang mempunyai kualiti, ilmu, kepakaran, komitmen dan visi untuk memikul sesuatu tanggung awab wajar diberi peluang tidak kira seorang ulamak atau profesional. Tetapi sesuai dengan peranan PAS hari ini yang bukan hanya memimpin orang Islam atau orang Melayu sahaja, pemimpin PAS mestilah berupaya untuk memimpin rakyat yang berbilang kaum."

KEADILAN menyambut baik keputusan Pendaftar Pertubuhan

2 Rejab 1432H - KEADILAN menyambut baik keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang berpuas hati penjelasan yang dikemukakan di dalam surat tunjuk sebab berkaitan dengan ancaman pembatalan pendaftaran KEADILAN yang diterima oleh parti minggu lalu.

KEADILAN turut dimaklumkan bahawa pihak ROS juga tidak akan meneruskan tindakan membatalkan pendaftaran KEADILAN.

Justeru pihak parti dengan ini memutuskan untuk membatalkan hasrat menyaman ROS memandangkan perkara ini telah dapat diselesaikan dengan baik.


--Oleh Saifuddin Nasution, Parti Keadilan Rakyat.

1 Rejab 1432H - Apakah cerita dan kisahnya? Sudikan ke sini.

30 Jamadilakhir 1432H - Hati saya senang mengetahui perkembangan sangat positif ini. Kalau sebelumnya saya kerap gundah, takut dan bimbang tanah yang saya duduki akan diambil (dirampas?) oleh kerajaan demi kononnya sebuah pembangunan di Selangor, kini saya lena tidur. Syabas, terima kasih dan tahniah, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Baca berita di bawah dari Selangor Kini Online. Untuk seluruh rakyat Selangor, pastikan dalam PRU ke-13 dan seterusnya, kita kekalkan kemenangan calun-calun PAS, PKR, DAP dan sebarang parti lain yang menganggotai Pakatan Rakyat. Nyahkan hagemoni rakus dan busuk UMNO-BN yang sudah lama menindas rakyat.


Untuk seluruh rakyat Malaysia, sampai bila tuan, puan dan cikpuan mahu biarkan kerakusan UMNO-BN terus menjahanam dan merobek-robek hak dan jiwa?

SHAH ALAM 1 JUN - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini meluluskan ‘Skim Pemilikan Kediaman Persendirian’ yang bertujuan memudahkan rakyat Selangor memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Buku PTS terlaris bagi kategori Bisnes dan Pengurusan

29 Jamadilakhir 1432H - Alhamdulillah. Buku Buat Duit Dengan Katering masih antara buku terlaris dalam senarai PTS kategori Bisnes dan Pengurusan, untuk dua bulan berturut-turut.

Walaupun buku ini adalah sebuah ujana berkaitan bisnes katering yang bertujuan memberi panduan kepada bakal usahawan katering, namun tidaklah ianya mengandungi ayat-ayat yang susah untuk ditaakul. Ia tidak mengandungi jargon bisnes dan usahawan yang sukar difahami. Kaedah penulisan saya ialah teknik bercerita atau pun boleh dikatakan teknik penulisan novel.

Saya mencurahkan segala pengalaman seharian dalam membangun dan menjalankan bisnes katering yang sudah memasuki tahun keenam. Buku ini bukan sahaja sebagai panduan menceburi bisnes katering daripada pengalaman meraduk gelombang yang menghempas, malah ianya juga diisi dengan kisah-kisah benar.

Saya selitkan juga unsur-unsur motivasi bagi membina daya juang yang utuh. Saya mengakui bukan mudah untuk mempastikan bisnes kita menguntungkan. Namun begitu ianya juga bukan perkara mustahil. Seperti yang saya bentangkan dalam buku ini, jika kecil modalnya, maka kecil juga anda mulakan bisnes. Jika besar modalnya dan ada aliran tunai yang kukuh, besar pula skop katering yang boleh diceburi.

Buku ini boleh dibeli online dengan diskaun 15% di Bookcafe PTS.

Berkaitan:
Testimoni buku Buat Duit dengan Katering oleh Tuan MBA
Buku Buat Duit dengan Katering terlaris!

Biodata penulis buku Buat Duit dengan Katering
Buku Buat Duit dengan Katering: Berdasarkan pengalaman sebenar


** We provide catering services for the following; courses, training and seminar, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western. Click Lusiana Catering.

Halal Food & Catering Services: Lusiana Catering

Copyright © 2010 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger