Seorang pembaca wanita memberi komen terhadap novel Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain, "Terima kasih juga kepada tuan kerana berjaya menulis karya seperti ini. Terungkai banyak kisah disebaliknya, dan saya masih dalam pengembaraan bersama buku ini."
Satu pertanyaan dari Tuan Hilmi Isa, "Oh ya,Tuan Web Sutera. Di kesempatan ini, saya ingin bertanya sesuatu kepada Tuan Web. Di dalam novel Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain, saya perhatikan di hampir akhir setiap bab, Tuan Web akan meletakkan petikan dari Kitab Cahaya Bersinar. Adakah kitab tersebut sememangnya wujud atau sekadar ciptaan Tuan Web semata-mata?"
Jawapan saya, "Setakat ini Tuan Hilmi Isa merupakan orang keempat yang bertanya langsung pada saya akan Kitab Cahaya Bersinar itu. (Yes! Saya berjaya). Ilusi saya sahaja, tuan."
Beliau menjawab, "Oh begitu! 'Terpedaya' saya dibuatnya! Tetapi cara Tuan Web menulis petikan tersebut seperti kitab tersebut benar-benar wujud."
Setakat ini ada empat pembaca bertanya secara peribadi pada saya berkenaan Kitab Cahaya Bersinar dalam novel Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain. Saya berjaya 'wujudkan' kitab tersebut. Kitab itu akan menjadi naskhah rebutan pencetus petaka!
Bos Sinar Harian, Tuan Ayman Hykal menulis, "Tahniah kerana 'make-believe' tuan menjadi! Ini petanda baik fiksyen tuan akan lama diingati pembacanya. Ameen!"
Berkaitan: Testimoni Hijab Raja Zulqarnain: Memberikan pilihan genre yang lebih meluas

0 comments:
Post a Comment