Hijab Raja Zulqarnain: Hijab dirungkai, keimanan bertambah

Testimoni novel sejarah Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain

Satu bonus tersembunyi novel ini adalah para pembaca dapat mengetahui sejarah misi pembebasan Alexander Agung secara santai dan mudah tanpa perlu merujuk kepada buku-buku lain yang membincangkan perkara yang sama tetapi dengan isi kandungan yang mungkin agak 'berat' untuk dihadam oleh sesetengah pembaca. - Hilmi Isa, Goodreads Malaysia
 

Membaca novel sejarah tuan membuatkan hati saya lega dan minda saya ceria. Pengolahan yang ringan, seolah-olah watak tersebut bernafas semula dan terbayang-bayang saya berada bersama mereka. Tuan juga berjaya membawa minda saya bersama menyelaminya. Novel tuan banyak tersiratnya. Gaya penulisan juga mudah untuk sesiapa saja dan memudahkan pembaca menjiwai sejarah. - Tun Mohd. Helmi 

Saya kagum tuan boleh tulis novel sejarah hebat macam itu. Tuan, mahu menangis saya menghabiskan pengembaraan bersama Alexander Agung kerana betapa terharunya terbuka juga hijab itu. Saya mengembara sehingga hari terakhir Alexander di dunia ini. Tahniah, tuan. Hijab dirungkaikan, keimanan bertambah. - Razif Radzi, geng RAMFC

Usai zohor tadi, keluar rumah dalam misi jalan-jalan cari makan. Alhamdulillah, misi berjaya dengan izin Allah. Saya berkata kepada sepupu, "Aku nok ajok mu ke suatu tempat." Dia hanya mengangguk. Singgah di MPH Bookstore Alpha Angle, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Dua buah buku 'terpaksa' dibeli justeru ada tugas baharu yang dicabar oleh bos sebuah penerbit. Untuk tuan dan cikpuan yang mencari diskaun menarik bagi novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain, sila berkunjung ke rangkaian kedai buku MPH. Diskaun 20% sah sehingga 31 Oktober 2012 ini. Saya rakam di MPH Alpha Angle. Novel ini diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger