“Bukankah Kami telah
melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan
hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu
(menyiarkan Islam) - Yang memberati tanggunganmu, (dengan
memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
“Dan Kami telah
meninggikan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan
berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)
bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali
lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
“Kemudian apabila engkau
telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau
berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu
sahaja hendaklah engkau memohon.”
LAGI >>
0 comments:
Post a Comment