Pagi ini terasa ingin menangis
... lalu air mata sedikit menutup bebola mataku. Moga Allah musnahkan sang
jahanam Israel LAKNAT! Juga terkedu dengan nukilan sendiri di bawah.
Konstantinopel: Menjulang Panji al-Fateh | Januari – Mac 1453 Masihi
Urban tidak berlengah terus membuat sebuah alat penuangan bagi membentuk acuan
senjata di Edirne. Beliau menyelia pengumpulan jumlah besi dan tembaga yang diperlukan. Sebaik semua sedia,
ramai yang datang di lokasi penuangan itu – ketua projek, ketua tukang besi,
ketua pengukir, jeneral perang Uthmaniah, panglima pasukan artilari, ulama,
para wazir dan Sultan Muhammad al-Fateh, serta semua tenaga pekerja.
Mereka sama-sama melaungkan takbir “Allahu-Akhbar!”
Kemudian kayu kayan dilemparkan ke dalam tungku besar yang membakar selama 24 jam. Selepas tempoh itu, para pekerja dan tukang besi membuka pakaiannya dan menutupi kepala dengan penutup khas sehingga hanya mata yang kelihatan. Mereka juga memakai sarung tangan tebal.
“Ya Allah! Nyalaan api besar ini persis api neraka,” kata beberapa orang yang melihat dari jauh.
Setelah tempoh nyalaan api selama 24 jam itu juga, para wazir dan ulama dipanggil kembali ke lokasi peleburan besi dan tembaga. Bongkah besi, tembaga dan timah mula melebur. Di ketika itu, ketua pengukir membuat permohonan, “Tuan-tuan wazir dan ulama yang dihormati, mari kita beramai-ramai berzikir.”
Lalu gema kalimat “La Hawla Wala Quwwata Illa Billah" menyatu bersama bunyi kayu terbakar dan cairan logam-logam yang bercampur baur.
Di saat kalimat “Tiada daya dan upaya melainkan kekuatan Allah” menerawang ke langit, para pekerja mahir menambah ketulan logam yang dimasukkan ke dalam kawah peleburan.
Ketua projek berkata, “Dengan nama Allah, masukkan siling emas dan perak ke dalam campuran logam ini sebagai sedekah dan doa.”
Tongkat panjang digunakan bagi mengacau emas dan perak yang kemudiannya diganti baharu apabila ia terbakar.
Hati-hati yang berada di situ faham bahawa Allah ialah Rabb yang menciptakan semua benda daripada tiada kepada ada, dan Dia jualah yang berkuasa ke atas diri manusia. Justeru itu, sejauh mana diri insan benar-benar beriman dengan kekuasaan Allah dan sejauh mana insan yakin dengan kalimah "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah" benar-benar meresap ke dalam hati nurani mereka.
Para ulama dan wazir Uthmaniah tenggelam dalam kusyuk dan sungguh-sungguh mengharap bantuan Allah Azza Wa Jalla.
Setelah proses membuang gas-gas yang tidak diperlukan usai, besi panjang dan besar dibawa untuk mengangkat kawah penuangan, bersama sebutan “Allah! Allah!” mengiringinya. Cairan merah itu dimasukkan ke dalam acuan meriam yang dibuat dari tanah liat yang sudah keras sehingga penuh.
Acuan yang digali jauh ke dalam tanah itu ditutup dengan pasir basah bagi menghalang meriam retak dan cepatkan proses penyejukan. Raksasa keluar dari tanah tidak berapa lama kemudian. Warga Konstantinopel terkesima.

Nun
di sana sejalur cahaya
Akan kugapai sehabis daya
Kerana tertulis secangkir cinta
Buat penghilang dahaga
Walau secicip cuma
Justeru dunia dan isinya hanya pura-pura.
** Hakcipta Terpelihara Web Sutera, insya-Allah.

P/s: Tunggu karya ini yang akan
diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd. pada Januari / Februari 2013,
insya-Allah.
Berkaitan: Hijrah 1434 – Menjulang Panji al-Fateh
0 comments:
Post a Comment