Sultan
Muhammad al-Fateh mulakan pidatonya dengan puji-pujian kepada Allah dan selawat
serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad bin Abdullah (SAW).
“Kita
adalah para ghazi yang mendapat anugerah Allah sebagai pahlawan Islam yang
berani lagi gagah! Generasi Islam kita, keturunan Uthman dan pelbagai suku Turki
lainnya, adalah kesatria Islam yang api jihad berada di dalam dadanya. Ghazi
yang tidak takut saat orang lain takut, yang menjadikan jihad di jalan Allah
sebagai temasya harian, dan syahid sebagai cita-cita tertinggi.
“Kedaulatan
Uthmaniah dengan sinar Islam tidak akan selamat sebelum kita bebaskan
Konstantinopel. Sungguh kalian sudah lihat selama ini, mereka tidak pernah
berhenti menyusahkan kita dengan menguatkan tentera beserta senjata-senjata demi
mengempur kita, demi meniup api permusuhan sesama manusia. Andai para ghazi
pemberani terus membiarkan mereka menongkat langit dengan keangkuhan, atau
Konstantinopel tetap dibayangi kuasa tirani, damai bagaikan menjauh. Damai persis
terpasak di perut bumi yang tidak boleh digali naik buat pengubat resah jiwa."
0 comments:
Post a Comment