Pada suatu sela masa, Mac 1453 Masihi



Pada suatu sela masa, Mac 1453 Masihi

Pagi Jumaat yang penuh keberkatan. Dia menjadi saksi perjalanan jihad sang al-Fateh dari kota Edirne bersama ketumbukan tentera artileri, infantri dan berkuda. Kelihatan ulama besar Syeikh Aaq Syaamsuddin al-Wali dan Syeikh Ahmad al-Kurani turut menganggotai pasukan utama pimpinan al-Fateh. Ramai para ulama lain yang berada di sekitar setiap kontijen dan divisyen tentera Uthmaniah yang berjalan gagah, memberi tekanan kepada musuh.

Doa dan ayat-ayat al-Quran dibacakan sama ada ketika berjalan atau berhenti rehat.

“Aku mengakui yang pergerakan besar ini bisa menggetarkan setiap makhluk yang memerhati. Belum pernah ada seorang panglima perang yang dapat menggerakkan angkatan perang dan logistik sebesar ini dalam masa pantas dan singkat sahaja. Sungguh, ia mencapai ketumbukan lebih 200 ribu kekuatan,” ulasnya sendirian. ...


Berkaitan:
Konstantinopel: Menjulang Panji al-Fateh 

Penaklukan ini ialah harga sebuah syahid!

** Hakcipta Terpelihara Web Sutera, insya-Allah.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger