Semasa bersendirian bersama Sultan Muhammad al-Fateh yang baru menaiki
takhta itu, ulama Wali itu mengemukakan buah fikirannya, “Tuanku, pada firasat
saya elok benar Tuanku melestarikan agenda pendidikan dan keperibadian rakyat
jelata dengan menambah baik keadaan rakyat.”
Sultan Muhammad al-Fateh tersenyum lantas bertanya, “Apa maksud Tuan
Guru?”
“Semasa ayahanda Tuanku Sultan Murad memerintah, beliau banyak mendirikan
madrasah di Edirne, Bursa, Amasya, Manisa dan kota-kota Uthmaniah yang lainnya.
Keimanan dan ketaqwaan adalah modal dasar peradaban yang kuat, dengan itu kita
dapat membangun sebuah masyarakat yang baik.”
Sultan Muhammad al-Fateh mengangguk dan tekun mendengar buah fikiran
gurunya itu.
** Petikan di atas adalah dari novel sejarah berjudul Konstantinopel:Menjulang Panji jihad oleh Web Sutera.
** Ayuh teman dan sahabat ke majlis bedah! Bukan sebarang bedah. Ia sesi
membedah buku berjudul Ustaz
Fadzil Noor: Maestro Siasah dan Dakwah
Malaysia.
Maklumat seperti di bawah.
Tarikh: 24 November 2012 (Sabtu).
Masa : 10.00 pagi – 1.00 tengah hari.
Lokasi: Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia
(berdekatan dengan KUIZM Taman Melewar).
Anjuran: Dewan Pemuda PAS Gombak.
Anjuran: Dewan Pemuda PAS Gombak.
Ahli panel:
1) Dr Mohd Zuhdi Marzuki
(Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat).
2) Ustaz Riduan Mohamad Nor.
0 comments:
Post a Comment