Nikah kahwin juga politik


Sahabat dan teman, saya tidak takut menyatakan pendirian dalam politik. Justeru politik itu kehidupan. Politik juga membawa ke akhirat.

Memerintah adalah politik. Berperang adalah politik. Makan dan minum adalah politik. Menulis adalah politik. Katering adalah politik. Berniaga adalah politik. Segala sisi hidup kita adalah politik.

Beberapa hari lalu, sahabat menefon, "Wei! Jangan lupa datang nikah aku. Jangan lupa majlis kahwin aku. Kau kena jadi saksi nikah."

Teman, begitulah kamu. Saya menjawab, "Kita bertemu dan bertamu demi Dia Yang Esa. Usah dibimbang, aku akan bersaksi janji setia dengan kalimah Allah."

Nikah kahwin juga politik.

Hijrah Champion | Hari ini dan esok bakal menjadi semalam. Cuma yang membezakan kita dari orang lain ialah melihat semalam dengan mata hati. Ayuh! Telusuri semalam dengan semangat untuk berubah.

Berhijrah juga politik.

Jadi petang tadi, 29 Disember 2012, sahabat itu berakad nikah. Tahniah, Tuan Rim Dean. Saya menjadi salah seorang saksi bahawa sahabat ini sekali henjut sah bergelar suami kepada Cikpuan Donna Delaila Yusuff. Terima kasih, Tuan Zaidi Hanapiyah kerana terus menyokong karya saya; kali ini untuk 50 Sup ChampionResipi Rasulullah (SAW).

Usai majlis akad nikah sahabat dan bersantap di sebuah masjid di Bukit Jalil, kami mengheret pengantin lelaki bergebang di kedai mamak. Apa lagi, pecah berderai ketawa dengan usikan nakal. Sahabat pengantin itu seperti selalu, buat pekak badak.

Salah satu yang saya sembangkan ialah berkenaan buku motivasi 50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW). "Buku ini mungkin kisah biasa-biasa, kisah engkau orang, kisah aku. Namun aku masukkan elemen-elemen nasihat supaya jadi luar biasa. Bukan apa, sekadar untuk ingatkan aku dan pembaca yang kita manusia biasa. Cuma perlu sedar dan lestarikan setiap apa yang kita ada."

2 comments:

Web Sutera said...

Benar kata seorang sahabat, "Jangan sempitkan politik hanya politik kepartian."

Bagi saya pula, "Parti itu hanya wahana untuk bergerak. Justeru ia tetap penting. Cuma yang maha penting ialah Islam tetap dijunjung."

Azlina Ahmad said...

Setuju sangat tuan. Ramai yang tidak faham maksud politik itu apa. Mereka katakan mereka tidak suka politik, tapi sebenarnya mereka tidak perasan, memujuk anak yang menangis supaya diam itu adalah politik!

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Copyright © 2013 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger