Sahabat
dan teman, saya tidak takut menyatakan pendirian dalam politik. Justeru politik
itu kehidupan. Politik juga membawa ke akhirat.
Memerintah
adalah politik. Berperang adalah politik. Makan dan minum adalah politik.
Menulis adalah politik. Katering adalah politik. Berniaga adalah politik.
Segala sisi hidup kita adalah politik.
Beberapa
hari lalu, sahabat menefon, "Wei! Jangan lupa datang nikah aku. Jangan
lupa majlis kahwin aku. Kau kena jadi saksi nikah."
Teman,
begitulah kamu. Saya menjawab, "Kita
bertemu dan bertamu demi Dia Yang Esa. Usah dibimbang, aku akan bersaksi janji
setia dengan kalimah Allah."
Nikah
kahwin juga politik.
Hijrah
Champion | Hari ini dan esok bakal menjadi semalam. Cuma yang membezakan kita
dari orang lain ialah melihat semalam dengan mata hati. Ayuh! Telusuri semalam
dengan semangat untuk berubah.
Berhijrah
juga politik.
Jadi
petang tadi, 29 Disember 2012, sahabat itu berakad nikah. Tahniah, Tuan Rim
Dean. Saya menjadi salah seorang saksi bahawa sahabat ini sekali henjut sah
bergelar suami kepada Cikpuan Donna
Delaila Yusuff. Terima kasih, Tuan Zaidi
Hanapiyah kerana terus menyokong karya saya; kali ini untuk 50 Sup ChampionResipi Rasulullah (SAW).
Usai majlis akad nikah sahabat
dan bersantap di sebuah masjid di Bukit Jalil, kami mengheret pengantin lelaki
bergebang di kedai mamak. Apa lagi, pecah berderai ketawa dengan usikan nakal.
Sahabat pengantin itu seperti selalu, buat pekak badak.
Salah satu yang saya sembangkan ialah berkenaan
buku motivasi 50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW). "Buku ini mungkin kisah
biasa-biasa, kisah engkau orang, kisah aku. Namun aku masukkan elemen-elemen
nasihat supaya jadi luar biasa. Bukan apa, sekadar untuk ingatkan aku dan
pembaca yang kita manusia biasa. Cuma perlu sedar dan lestarikan setiap apa
yang kita ada."
2 comments:
Benar kata seorang sahabat, "Jangan sempitkan politik hanya politik kepartian."
Bagi saya pula, "Parti itu hanya wahana untuk bergerak. Justeru ia tetap penting. Cuma yang maha penting ialah Islam tetap dijunjung."
Setuju sangat tuan. Ramai yang tidak faham maksud politik itu apa. Mereka katakan mereka tidak suka politik, tapi sebenarnya mereka tidak perasan, memujuk anak yang menangis supaya diam itu adalah politik!
Post a Comment