Dalam
tempoh PRU13 yang kian hampir, UMNO telah menunjukkan tanda-tanda
ketidakyakinan dalam mempertahankan kuasa mereka. Jelas mereka tidak mampu untuk
menangkis setiap idea dan dasar kami; lantas menyerang dengan membenih politik
kebencian dan ketakutan. Dengan media arus perdana yang semakin ketandusan isu,
UMNO sedang memaksimakan setiap helah yang ada untuk memasung agenda perkauman
dan ketakutan dalam kalangan rakyat demi mengelak balasan yang bakal menimpa
mereka jika Pakatan Rakyat berkuasa kelak.
Perhimpunan
Agung UMNO yang baru selesai itu adalah pelantar untuk meningkatkan lagi
serangan yang berbentuk penipuan dan penghinaan diketuai oleh Perdana Menteri
iaitu Presiden UMNO sendiri, Dato' Seri Najib Razak.
Kami
mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab beliau bahawa Malaysia akan hilang
kedaulatannya dalam tiga tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah. Ideanya
mudah; memperbodoh-bodohkan rakyat dengan menyuburkan idea bahawa
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat adalah pengkhianat yang akan menggadaikan
maruah negara demi kepentingan politik. Malah lebih malang lagi apabila idea
itu tidak disokong dengan fakta dan hujah yang empirikal, kenyataan Najib
adalah kenyataan yang tidak masuk akal dan hanya dibuat oleh orang yang tidak
punya maruah dan moral sama sekali.
Senario
simptom ketakutan hilang kuasa ini dimulakan momokkan insiden 13 Mei sekiranya
Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan. Kami mengerti bahawa Ketua Wanita
UMNO cuba untuk menghidupkan semula karier politik beliau yang telah pupus
akibat didesak untuk meletakkan jawatan dalam skandal ratusan juta NFC. Tetapi
dengan menggunakan hujah picisan sebegitu adalah tidak munasabah.
Tindakan
menyeru kembali 'hantu' 13 Mei itu adalah untuk menimbulkan kebencian antara
masyarakat Melayu dengan bukan Melayu, seterusnya menyemai budaya ketakutan
dalam kalangan rakyat bahawa pertumpahan darah akan berlaku sekiranya UMNO
kehilangan kuasa. Hujah tersebut bukan sahaja biadap, malah boleh dianggap
sebagai hasutan dan dikategorikan sebagai satu jenayah.
Jelas
sekali bahawa Pakatan Rakyat telah muncul sebagai ancaman utama kepada hegemoni
UMNO-Barisan Nasional, dan ini menyebabkan mereka melancarkan tuduhan liar
tentang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya saya sebagai proksi
kepada kedua-dua kuasa asing Amerika Syarikat dan China dalam satu masa!
Kenyataan
tidak masuk akal itu mungkin lucu, tetapi dengan pengawalan sepenuhnya media
cetak dan elektronik, UMNO sedang menyebarkan agenda penipuan yang mampu
membanggakan Goebbels. Menggunapakai taktik pengulangan 'penipuan besar' ini,
media mereka bertujuan untuk menggambarkan kewangan atau perberhandaraan negara
mungkin dikawal oleh kuasa luar sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.
Media
UMNO juga keterlaluan dengan membakar api perkauman dan agama dengan menyiarkan
kenyataan-kenyataan berbaur ekstremis dan rasis daripada perwakilan. Menurut
UMNO, hanya mereka sahaja yang mampu menjuarai Islam; bukan KEADILAN mahupun
PAS. Justeru itu mereka berhujah bahawa gejala murtad akan dilestarikan dan
Malaysia akan ditransformasikan menjadi negara Kristian jika UMNO pupus pada
pilihanraya akan datang.
Ucapan pembukaan Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO dipenuhi dengan serangan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya ke atas saya dan di dalam gaya bahasa yang tidak sewajarnya dilafazkan oleh seorang yang negarawan. Adakah wajar bagi rakyat untuk terus mempertahankan pemimpin yang tidak mempunyai kaliber seperti itu?
Apakah dasar baru yang dibentangkan demi kemajuan negara? Mana idea untuk ekonomi dan keadilan sosial, kesihatan, perumahan dan pendidikan? Jikalau beliau punyai alasan yang kukuh untuk menyaingi Pakatan Rakyat, beliau sepatutnya menyahut cabaran saya untuk bersemuka dan berbahas, supaya rakyat dapat menilai dengan sebaiknya siapa yang bercakap benar dan siapa yang gemar menipu. Janganlah berselindung di sebalik jentera propaganda murahan kamu dan jadilah anak jantan sebenar sebagai Perdana Menteri dan turun berdebat dengan saya di dalam gelanggang!
--- ANWAR IBRAHIM.
4 comments:
Salam. Saya ingin tanya pembaca blog ini sedar atau tidak Orang Melayu adalah golongan MINORITI di negara ini. Walau pun jumlah kita ramai tetapi kita bukan majoriti. Kenapa? SEBAB KITA TELAH BERPECAH TIGA.Sebab kita berpecah belah nak luluskan undang-undang apa pun kita tak boleh. Janganlah mimpi nak laksanakan Hudud atau undang-undang Islam yang lain. Sebab itu saya berasa sedih. KENAPA KITA TAK BERSATU? ADAKAH HATI PERUT ORANG ISLAM MELAYU LEBIH TERUK DARIPADA ARAB JAHILIAH? Berasaskan Islam yang dibawa Rasullullah saw mereka dapat disatukan. Marilah kita bersatu semula untuk SELAMATKAN ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MELAYU INI.AMIN.
Semua pihak kata dia baik dan pihak lawan yang buruk. Allah Maha Mengetahui. Saya bedoa dan berserah kepada Allah untuk memberi kemenangan kepada pihak yang akan dapat menyelamatkan ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYU INI didalam PRU 13 yang akan datang. Amin.
Salam. Sebagai saorang Islam kita wajib mengingatkan saudara Islam yang lain jika terdapat berlakunya sebarang perkara mungkar. Saya sedih penulis-penulis blog Melayu/Orang Islam banyak umpat mengumpat sesama ISLAM. Ini berdosa besar. BENAR ATAU TIDAR TOMAHAN YANG DINYATAKAN DALAM ARTIKEL INI.Kita perlu fikir dan cari fakta yang boleh kita putuskan kesahihan semua umpatan/tuduhan yang dinyatakan. INGAT! Yang mengumpat dapat dosa dan yang di umpat dapat pahala kita. DIDALAM KUBUR KITA SENDIRI!! Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Najib atau sesiapa pun tak kan dapat menolong kita. Pada saya perpecahan di kalangan Orang Melayu/Islam sudah kritikal. Kita sepatutnya menggalakkan perpaduan Orang Melayu/Islam dan selamatkan negara kita dpd diperintah oleh bukan Islam seperti negara jiran kita. Saya hanya mampu bersedih ,menasihati sesama sendiri dan berdoa semuga Allah selamatkan Islam, Orang Melayu dan Negara Melayu ini.
Pandangan tuan-tuan memang ada asas. Moga kita sama-sama berfikir, insya-Allah. Melayu tidak ke mana andai tanpa Islam yang didukung selama ini.
"Politik baru adalah saling berkenalan, saling berbincang, saling menghormati, saling bersaing dan saling memenangi hak. Kita sedang membinanya.
"Adapun politik lama, maka ia adalah budaya samseng, budaya ugut, budaya keakuan, budaya cantas, budaya emosi dan lain-lain." - Nik Abduh.
Post a Comment