KMC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Web Sutera (nama sebenar Hizamnuddin Awang) di atas kesudian beliau berkongsi pengalamannya sebagai penulis dan editor.
Beliau
pernah menjadi pengarang jemputan segmen mingguan ‘Sisipan Komputer’ di Berita
Harian dan menulis pelbagai artikel berkaitan IT, bisnes, dan motivasi.
Setakat ini, beliau mempunyai 5 buah buku yang telah diterbitkan (tidak
termasuk beberapa buah ebook). Terima kasih juga buat para hadirin yang meluangkan
masa bersama kami pagi tadi.
Web
Sutera memulakan sesi Book Chat kali
ini dengan sedikit pengenalan tentang dirinya sendiri, bagaimana beliau mula
menulis, dan apa pula yang mendorongnya untuk terus menulis.
"Kita mungkin tidak boleh menulis buku motivasi jika kita sendiri tidak mengalaminya (kegagalan / kesukaran)”. – Web Sutera
"Kita mungkin tidak boleh menulis buku motivasi jika kita sendiri tidak mengalaminya (kegagalan / kesukaran)”. – Web Sutera
Buku yang masih hangat lagi – baru sahaja diterbitkan dan belum pun
memasuki kedai-kedai buku. Buku ini dihasilkan atas kebangkitan penulis sendiri
selepas melalui zaman getir. Setelah nekad meninggalkan kerjaya, beliau
berusaha gigih dalam memajukan perniagaan.
Penulis tidak menafikan bahawa beliau pernah mengalami kekecewaan. Tapi
beliau percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Rezeki Allah itu ada untuk
setiap hamba-Nya yang berusaha, berdoa, bertawakal dan redha.
Ini bukan kisah duka dan lara, ini adalah kisah bagaimana seorang insan biasa – seperti saya, anda, kita semua – menjadi manusia Champion dalam menongkah arus kehidupan.
Ianya sebuah buku yang sarat dengan kisah inspirasi untuk membina semangat juang dalam diri setiap orang khasnya umat Islam, dan menjadikan Rasulullah (SAW) teladan Champion sepanjang zaman.

Penulis mengajak pembaca bangkit untuk memperbaiki diri, kerjaya, dan
seterusnya rezeki. Beliau mengajak pembaca berani mencuba. Islam tidak
menghalang umatnya mengejar kekayaan kerana dengan kekayaaan kita dapat
bersedekah dan berjihad. Cuma Islam mengajar kita berhati-hati dalam
menguruskan kekayaan. Berfikir Gaya Champion ditulis dengan bahasa santai namun
penuh tarbiah.
BACA LAGI >>
BACA LAGI >>
0 comments:
Post a Comment