Nurani
berkata, "Aku buat apa yang Allah suka."
Nafsu meningkah, "Bukankah Allah suka kita kaya?"
"Memanglah .. tapi kau hasut tuan kita!"
"Apa hal aku pula?"
"Kau kata ambil sahaja, tak kira halal atau
haram."
"Bukan aku kata. Iblis yang bisik."
"Habis itu, kau sokong Iblis atau tuan kita?"
"Errr.. "
Saling
mengingat, insya-Allah. Nurani dan nafsu memang saling bergaduh, untuk ungguli
satu sama lain. Nafsu itu tali barut Iblis. Kadang-kadang akal termakan pujuk.
Pujukan berbisa lagi beracun. Untuk diri sendiri dan sahabat, bersedar diri
tentang jerangkap samar paling halus dalam diri.
Iblis
dan kuncu-kuncunya dari golongan syaitan sudah bersumpah akan membisik dan
menghembus, bukan di telinga bahkan ke dalam hati manusia yang ada makhluk
bernama nafsu.
Semasa
saya menulis pada sebelah malam, datang khabar majlis pernikahan seorang
sahabat penulis. Setelah diijab-kabul, terilham catatan di bawah.
Kata
sang hamba Allah, "Aku terima nikahnya ....... "
Kata
para saksi, "Sah!"
Taghut,
Iblis dan Syaitan menjerit. "Celaka manusia itu! Hilang satu lagi peluang untuk
kita menghasut dan berbisik maksiat!"
Lalu
mereka berguling-guling, menangis dan meraung. Ada di kalangan mereka menampar
tentera-tentera yang gagal menjalankan tugas. Tidak kurang yang dipancung.
Sang
jeneral Iblis bertempik, "Kalian bodoh! Hilang seorang lagi umat Muhammad
untuk kita!"
Saya
titipkan sebuah nasihat untuk sahabat itu. “Rapatnya hubungan halal demi Allah
antara suami dan isteri, sehingga sering berasa hati. Lagikan lidah tergigit oleh
gigi walaupun saban waktu saling memerlukan, inikan pula sepasang kekasih dalam
layaran bahtera rumahtangga.”
Melalui mesej,
sahabat itu menjawab, “Tuan
Web Sutera, ya syaitan dan Thagut kami akan perangi habis-habisan. Mohon doa
Tuan dan Cik Puan semoga Allah mengiringi kami dan semua sehingga kita bertemu
Rasulullah (SAW) sebagai jemaah syurga. Amin ya Allah. Amin ya Rahman.”
Moga bermanfaat.
0 comments:
Post a Comment