Apabila sudah termasuk, terpaksa masuk atau
memang sudah begitu dalam kumpulan 'penulis', saya menjadi semakin tidak
kritikal dalam mengkritik buku. Status pengkritik brutal, walaupun
belum sampai membakar buku, sudah semakin lembut. Betulkah begitu?
Sekarang terasa mahu bakar buku! (Walaupun setakat rasa .. ).
Itu status Facebook saya. Sahabat Green Boc mencelah kata, "Seorang
pengkritik tetap penting untuk mempastikan mutu dan nilai
penulisan / karya sentiasa meningkat. Teringat nama-nama Baha Zain,
Umar Junus, M.Afandi Hassan, Cikgu Shahnon, Hashim Awang, Yahya Ismail,
Ramli Isin. Debat Hashim Awang dan Afandi cukup hebat satu waktu
dulu."
Saya menulis balas, "Sahabat Green Boc, sekarang ada 'orang' yang takut berdebat. Takut tembelang pecah."
Green Boc membalas, "Bukan champion namanya jika penakut. Orang yang berpegang kepada kebenaran
dan keadilan tidak gentar dengan sesiapa, pada bila-bila masa dan di
mana juapun. Itulah sang juara!"
0 comments:
Post a Comment