Malam tadi berjaya siapkan
10 muka surat fiksyen armagedon versi Islam ini untuk proposal kepada
penerbit. Saya kongsikan sedikit.
Di sebuah perkampungan Yahudi
Dia lelaki tinggi dan gemuk, berhidung persis paruh burung. Isterinya
juga gemuk. Si lelaki berasal dari keturunan seorang dukun bangsa Yahudi
bernama Syaqq, manakala si wanita daripada bangsa jin.
Wanita gemuk bangsa jin dan banyak
daging itu hidup pada zaman Nabi Sulaiman, dan dia boleh berhubungan
dengan makhluk-makhluk halus dari suku kaum jin yang lain. Oleh kerana
kejahatannya, dia ditangkap oleh Nabi Sulaiman dan dikurung di dalam
penjara.
Daripada perhubungan kedua-dua makhluk ini, lahirlah Dajjal yang ditangguhkan kematiannya oleh Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berilmu.
Rasulullah (SAW) ada mengatakan, “Seandainya Dajjal keluar dan aku masih berada di kalangan kamu, maka akulah yang berhadapan dengannya bagi mewakili setiap orang Islam.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Ibnu Majah juga meriwayatkan hadis lain. Rasulullah (SAW) berkata, “Dajjal itu pastinya akan keluar pada zaman kamu.”
Masa berlalu sehingga ke suatu zaman nanti. Al-Masih Dajjal sedang menunggu masa yang ditentukan Allah untuk keluar menjelajah dan menjarah muka bumi. Tempat singgahnya ialah di sebelah timur, dengan menguasai teknologi kenderaan sepantas cahaya dan senjata pembinasa yang pernah digunakan dalam sengketa kaum jin.
“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok Gharqad, kerana ia adalah pokok Yahudi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
** Bermula sebuah misi, insya-Allah.

0 comments:
Post a Comment