Hayati hadis Qudsi di bawah berkenaan
dengan kurnia dan kemurahan Allah yang menghargai kecintaan manusia.
“Mereka
yang berteman antara satu sama lain kerana Aku, berhak memperoleh cinta-Ku, dan
mereka yang saling membantu kerana Aku, berhak memperoleh cinta-Ku. Tiadalah
seseorang Mukmin (lelaki atau perempuan), berserah diri kerana Allah atas
kematian tiga orang daripada anak-anaknya yang belum dewasa, pasti Allah
memasukannya ke dalam syurga dengan limpahan kurnia rahmat-Nya.” (Hadis direkodkan / diriwayatkan oleh
Thabarani)
Allah dengan sifat kemurahan-Nya memberitahu
kita bahawa bagi orang-orang yang bersahabat dan berteman dengan tulus ikhlas
kerana Allah, dengan tuntunan dari Allah berdasarkan ajaran al-Quran, bakal
menerima cinta-Nya yang Maha Agung. Seseorang yang beroleh cinta Allah, nescaya
balasannya syurga.
Dengan cinta Allah juga, kita beroleh
nikmat dan rahmat-Nya, seperti kata-kata Allah berikut:
“…..
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi
orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222)
Sesungguhnya tiada naungan dan
perlindungan di akhirat kecuali dengan cinta dan rahmat Allah.
“Ya Allah ya Rabbi! Ampunkanlah
dosa-dosaku, dosa-dosa kedua-dua ibu-bapaku, isteriku dan anak-anakku. Amin ya
Rabbal ‘Alamin.”
Hanya
Allah yang Maha Mengetahui.
0 comments:
Post a Comment