Ini
antara buku rujukan bagi penulisan fiksyen Armagedon versi Islam, insya-Allah.
Belum termasuk lagi beberapa rujukan berbahasa Inggeris lain dari pelbagai
sumber. Saya tamatkan dengan munculnya Dajjal secara fizikal.
"Ya Allah, alirkan kekuatan-Mu untuk hamba yang
daif ini.”
Masih
meneroka maklumat awal dengan membaca buku Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia.
Hampir tamat. Sejarah akan berulang menjelang akhir zaman?
Makhluk seakan-akan 'manusia' (atau jin berupa manusia
/ makhluk bersayap) pernah maju dalam peradaban atlantis dan rama. Bahkan jauh sebelum 4000 Sebelum Masihi (tempoh
beratus juta tahun?) makhluk di bumi itu pernah memasuki abad kelajuan cahaya dan
teknologi nuklear.
Akan
tetapi zaman keemasan tersebut berakhir akibat perang nuklear yang dahsyat
hingga pada masa sesudahnya, sebelum Adam dan Hawa diciptakan, bumi berada di
zaman primitif sehingga munculnya peradaban Sumeria sekitar 4000 Sebelum Masihi.
Hancurnya
penghuni bumi justeru perang nuklear, wilayah-wilayah bumi menjadi kontang,
membentuk padang sahara amat panas dan tanpa bekalan air. Kemudian dalam satu
tempoh yang amat lama, bumi dipersiap untuk bapa manusia dan isterinya. Allah
melukis kembali bumi untuk masa depan kekhalifahan yang mulia, berupa manusia,
dari Adam dan Hawa.
Jin berbeza dengan malaikat. Kesemua malaikat beriman kepada Allah,
sedangkan jin, ada yang beriman ada juga yang kafir seperti manusia. Sebahagian
jin ada yang taat kepada Allah dan sebahagian yang ingkar. Golongan jin seperti
juga manusia, mereka memiliki
pelbagai bangsa, puak dan keturunan, mempunyai sistem pentadbiran yang sama
seperti manusia. Setiap puak itu mempunyai ketuanya selain raja. Dari sini
terbentuk daerah pentadbiran seterusnya negeri, terakhir menjadi negara.
0 comments:
Post a Comment