
“Komghazi,” Jeneral berkata sayu kepadanya, “kami sungguh bimbang dengan keadaan tuan. Majlis Syura bersedih seandainya kami kehilangan tuan.”
Komghazi Sulaiman Pasha menyahut, “Jeneral, terima kasih
atas keprihatinan Majlis Syura. Saya sungguh terharu dan berbangga dengan
tanggungjawab yang diamanahkan. Insya-Allah, andai bukan ajal saya, hidup lagi
dalam meneruskan misi jihad ini.” Di akhir kata-kata, matanya sedikit bergerenyit menahan sakit.
Melihat keadaan Komghazi
Sulaiman, Jeneral berkata, “Usah bergerak lagi, Komghazi. Tetap duduk di situ.”
Lantas beliau bergerak pantas dan memaut bahu ketua jurutera itu sebagai topang
untuk berdiri.
Jeneral menambah, “Kami tahu
kesetiaan dan semangat Komghazi. Kami dimaklumkan akan tahap luka. Ia agak
teruk, beberapa tulang rusuk patah disamping kecederaan kaki tuan. Saya cukup risau
akan keadaan tuan.”
“Bukan serius sangat pun,
Jeneral.”
Beliau menyuruhnya diam lalu
berkata, “Usah nafikan luka itu, Komghazi. Kita tetap manusia, berasa sakit.
Tuan akan saya bawa ke panel doktor untuk rawatan segera dan terperinci. Tiada
dalih lagi. Andai ingin terus berjuang, fizikal mesti dalam keadaan sihat.”
Komghazi Sulaiman Pasha
hanya tersenyum. Sebentar cuma, senyuman itu sirna menahan sakit. “Sebelum itu,
Jeneral,” dia menyeluk ke dalam baju perisainya dan mencapai satu cakra, “Ambil
ini dan berikan kepada kumpulan saintis kita. Saya percaya maklumat yang
dirakam sangat penting untuk misi kita.”
Cakra itu bertukar tangan,
lantas diserahkan kepada Dr. Umar Dunayev. “Sila segera teliti isi
kandungannya, Doktor. Beri laporan sebaik sahaja tahu apa di dalamnya.
“Baik, Jeneral.
Insya-Allah,” Dr. Umar Dunayev segera berlalu dari bilik itu.
“Okey, Komghazi Sulaiman.
Segera ke bilik perubatan. Kita sambung bual kemudian,” kata Jeneral sekali gus
arahan. Beliau memeluk lembut Komghazi Sulaiman Pasha dan berbisik, “Mujur aku
dapatkan akhi kembali, sahabat. Alhamdulillah.”
Jeneral berundur dan meminta
pengawalnya memegang Komghazi Sulaiman Pasha, dan secara berhati-hati
memapahnya ke sebuah kerusi roda. Dari situ, dia dibawa ke sayap perubatan
kompleks pangkalan Madinah.
@@@@@@@
Kapal berbentuk lonjong bersayap kecil di kedua-dua sisi
kiri dan kanan itu pernah diserang hebat oleh sekumpulan piring terbang di
Segitiga Bermuda. Komander Ghazi Sulaiman Pasha dan beberapa orang krew
hampir-hampir terkorban. Misi mengintai dan memantau di kawasan Dajjal itu
membuahkan hasil lumayan. Banyak rahsia terkini teknologi kegelapan itu dapat
diperoleh.
Jeneral pada mulanya ingin memusnahkan kapal itu, namun
Komghazi Sulaiman Pasha mahu membaik pulih kapal kesayangannya itu.
“Insya-Allah, Jeneral. Saya dan pasukan jurutera kita akan memberi wajah baharu
kepada kapal ini. Doakan kami, Jeneral.” Itulah tekadnya.
Kebenaran diberikan oleh Majlis Syura pangkalan Madinah.
Dengan kelolaan Komghazi Sulaiman, kapal lonjong itu ditukar dan dibaik pulih
menjadi sesuatu yang baharu. Kerja-kerja dilestarikan menggunakan teknologi
kejuruteraan termaju yang belum pernah diterokai oleh mana-mana negara.
Enjin kapal itu disusun semula dan direkabentuk dengan
teknologi nuklear agar berkuasa tinggi. Apabila siap, kapal itu mampu bekerja
dalam dua tahap. Senjata meriam laser dibuat perubahan dengan menggunakan kabel
untuk bekerja dalam kaedah gelombang berkeliling osiloskop – dengan itu
berupaya menembak sinar yang boleh memotong sebarang logam atau bebatuan.
Komghazi Sulaiman Pasha juga membentuk semula meriam
proton dan bersedia memberi ‘impak tambahan’, seperti mana yang dia sebutkan.
Kapal itu berupaya bergerak lebih laju melebihi kapal-kapal lain, mungkin
menyamai piring terbang binaan kerajaan syaitan di Segitiga Bermuda. Ia juga
lebih mudah dikemudikan.
Perisainya
terbentuk dalam beberapa lapisan di sekeliling badan kapal dan beroperasi pada
frekuensi berputar. Hasilnya, kapal itu tidak dapat ditembusi oleh sebarang
senjata, baik peluru berpandu atau pancaran laser buatan terkini. Komghazi Sulaiman Pasha memberinya nama Ababil.
@@@@@@@
Tujuh tahun selepas 2579 Masihi
Dalam tempoh hampir
tujuh tahun selepas pembinaan semula Ababil, banyak kali ia diguna pakai bagi
operasi pengawasan dan intipan di sekitar Segitiga Bermuda dan dalam wilayah
Timur Tengah, termasuk di sekitar negara haram Israel, Tebing Barat dan Gaza.
Banyak maklumat rahsia dikumpul dan dianalisa, kemudian dibuat keputusan
penting dalam Majllis Syura dan Sidang Komander Ghazi atau Komghazi.
Dalam satu operasi
intipan, Ababil bergeral laju memintas tiga buah piring terbang di samudera
rahsia di Bermuda. Kehadiran Ababil dapat dikesan oleh pihak keselamatan
segitiga itu. Walaupun diserang secara berkala oleh tiga kapal musuh, Ababil
dapat mengelak.
Sebaik ada
kesempatan, ketiga-tiga piring terbang hitam yang sebelumnya mengejar Ababil,
bertukar sebaliknya. Sasaran dikunci, dalam masa beberapa detik sinaran laser
besar dilancarkan dari Ababil berwarna perak itu. Sinaran itu sangat terang
sehinggakan tentera dalam Ababil terpaksa melindungi mata mereka. Apabila sinaran
itu hilang dan pandangan mereka kembali, tiga buah kapal musuh tidak kelihatan
lagi.
Berkecai tanpa
kesan!
** Hakcipta Terpelihara 2013 WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment