Pada 28 Mei 1996,
seseorang menghantar satu bungkusan yang mengandungi artifak ganjil kepada hos
siaran radio Art Bell. Penghantar itu mendakwa datuknya adalah seorang ahli
pasukan pencari di lokasi kejadian di Roswell. Datuknya menyimpan di tempat
tersorok sampel cebisan piring terbang sekian lama. Cebisan serpihan yang
dibawa cucu pencari itu dipercayai datang dari cengkerang atau kulit UFO di
Roswell.
Dalam suratnya, penghantar
yang tidak dikenali itu menulis:
“Saya sertakan bersama
surat ini kepingan kecil yang datangnya dari bahagian luar bawah cakera piring
terbang. Rupa bentuknya seakan-akan cengkerang yang melindungi piring. Keras,
rapuh dan berlapis, kelihatannya telah direka bentuk dan ditempatkan secara
proses fabrikasi.”
Lelaki yang membawa
serpihan itu juga menyatakan bahawa diari kepunyaan datuknya turut menjelaskan kapal
yang terhempas itu adalah ‘suatu baji berbentuk cakera’. Ini adalah kenyataan
menarik kerana penyelidik kemalangan UFO Roswell sebelumnya telah menemuduga saksi-saksi
tempat kejadian, seperti anggota tentera yang terlibat.
Mereka mendapati kapal itu
dilindungi oleh ‘kepingan nipis genting’ yang luar biasa. Menurut saksi,
kepingan itu mungkin untuk melindungi kepanasan atau kegunaan lain. Cebisan
‘pelindung seakan-akan cengkerang’ yang dihantar kepada Art Bell kemungkinan
besar bahan yang pernah diceritakan oleh para saksi terdahulu.
Penerangan dalam diari
mengenai suatu ‘baji berbentuk cakera’ adalah seperti berikut:
“Ia diperbuat daripada berdozen
lapisan mikroskopik bismuth, dengan dipisahkan oleh lapisan lebih tebal
diperbuat dari magnesium.
“Bismuth dengan dikenakan
cas elektrostatik positif yang kuat ke atasnya, kelihatan tidak mempunyai
berat, menghampiri sifar.”
Setelah dianalisis,
laporan awal menunjukkan cebisan bahan pelindung itu diperbuat dari lapisan
mikroskopik logam bismuth (berukuran 3 – 4 mikron), dengan lapisan tebal
diperbuat dari magnesium setebal 20 mikron. Semua kepingan lapisan itu lebih
nipis dari ketebalan sehelai kertas. Laporan itu sama seperti yang dinyatakan
dalam diari kepunyaan datuk si penghantar.
Dari sudut sains pula,
logam bismuth tidak biasa digunakan dalam pembuatan lapisan nipis. Tiada makmal
atau pakar dapat menerangkan bagaimana cebisan ini dibuat atau apakah
kegunaannya. Mereka tidak pernah melihat kepingan nipis sedemikian rupa. Bahan
yang ditemui memangnya ganjil.
Cebisan kemalangan UFO itu
bukan hanya terkandung lapisan terlalu nipis logam bismuth (3 mikron – jauh
lebih nipis jika dibandingkan dengan kertas), malah ianya tulen sepenuhnya. Menurut
laporan penyelidik bernama Linda Moulten Howe, logam itu juga tidak mengandungi
oksigen langsung.
Cuba tuan-puan fikirkan. Teknologi
pembuatan lapisan logam nipis secara fabrikasi bismuth masih belum dijumpai di
dunia ini sehingga sekarang. Para penyelidik pun tidak mengetahui bagaimana
lapisan berupa cengkerang yang melindungi UFO yang terhempas di Roswell itu
dihasilkan. Logiknya, cebisan cengkerang itu bukan datangnya dari bumi kita. Mungkinkah
dari lapisan bumi lain?
Andainya bukan datang dari
bumi ini, dari mana datangnya serpihan logam itu? Dari alam semesta lain? Dari
makhluk lain? Dajjal dan konco-konconya? Fikirkan ...
** Hakcipta Terpelihara WEB SUTERA.
Sebelumnya: UFO – Kenderaan Dajjal?
0 comments:
Post a Comment