Walau apapun situasi dan peristiwa yang terjadi, selain di muka bumi yang terlihat ini, masih ada kehidupan di tempat lain. Ia sama ada di sebalik ‘bumi lain’ ataupun di planet-planet yang dapat ditemui atau di sistem suria yang lain.
Saintis dari masa ke
semasa melalui ilmu anugerah Allah tetap mencari dan mengumpul bukti dan
maklumat bagi mencari kesahihan fenomena ini. Di sini diceritakan satu kejadian
UFO terhempas yang merupakan penemuan UFO paling terkenal di dunia.
Kejadian kapal angkasa
UFO terhempas berlaku pada bulan Julai 1947 di Roswell, New Mexico. Pada suatu
pagi, fomen ladang bernama W .W. Brazel menjumpai beberapa serpihan berterabur
di padang ragut biri-biri. Serpihan itu termasuk pecahan nipis yang tidak dapat
dipotong oleh pisau atau dibakar oleh mancis.
Setelah diaju oleh
jiran-jiran, pada 6 Julai Blazer akhirnya mengambil beberapa serpihan logam itu
ke Roswell, suatu pekan besar yang terdekat. Blazel menyerahkan serpihan itu
kepada sheriff daerah, dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai di pangkalan Tentera
Udara Roswell. Pada hari berikutnya dia membawa dua orang pegawai perisik ke
padang ragut yang terdapat serpihan yang masih berterabur.
Mereka menghabiskan masa
sehari suntuk untuk mengumpul semua cebisan logam dan seterusnya kembali ke
Roswell. Dalam perjalanan ke pangkalan, Major Jesse A. Marcel, seorang pegawai
perisik kumpulan bom ke-509 berpangkalan di Roswell, singgah di rumahnya. Dia
menunjukkan serpihan itu kepada isteri dan anak lelakinya yang berusia 11
tahun. Anaknya Jesse Jr, sekarang seorang ahli fizik di Montana, berkata dia
masih ingat yang ayahnya kejutkan dia di tengah malam dan tunjukkan serpihan
piring terbang itu.
Major Marcel menyerahkan
serpihan itu kepada Komander pangkalan Roswell, Kolonel William H. Blanchard,
yang kemudiannya mengarahkan Leftenen Pertama Walter G. Haut, pegawai
perhubungan awam mengendalikan kes itu.
Haut adalah salah seorang yang terlibat dalam penyiasatan itu yang masih hidup. Leftenan Pertama Haut yang berusia 25 tahun tatkala kejadian di Roswell itu, memberitahu bahawa dia tidak pernah melihat sebarang laporan berkenaan dengan penemuan serpihan dari padang kepunyaan Brazel. Namun dia dengan jelas mendengar arahan Kolonel Blanchard, “Haut! Adakan sidang akhbar. Katakan kita memiliki piring terbang!”
Haut adalah salah seorang yang terlibat dalam penyiasatan itu yang masih hidup. Leftenan Pertama Haut yang berusia 25 tahun tatkala kejadian di Roswell itu, memberitahu bahawa dia tidak pernah melihat sebarang laporan berkenaan dengan penemuan serpihan dari padang kepunyaan Brazel. Namun dia dengan jelas mendengar arahan Kolonel Blanchard, “Haut! Adakan sidang akhbar. Katakan kita memiliki piring terbang!”
Lebih kurang pukul 10:30
pagi pada 8 Julai 1947, Haut mengadakan sidang akhbar kepada surat khabar dan
stesen radio tempatan. Akhbar The Roswell
Daily pada hari itu memaparkan berita muka depan bertajuk “RAFF Menangkap
Piring Terbang di Ladang Kawasan Roswell”. Haut menerima panggilan telefon dari
seluruh dunia sebaik berita tersebut tersiar.
Seterusnya dalam satu
pita video yang diberikan oleh Jim Ragsdale, yang dibuat olehnya lima hari
sebelum kematiannya pada tahun 1995, dia membuat pengakuan. Dalam video itu dia
mengakui ada mendengar bunyi bising yang kuat semasa kapal angkasa melanggar
pokok dalam jarak 50 ela. Masa itu ialah pada 4 Julai 1947, tatkala Ragsdale
dan teman wanitanya bercengkerama di belakang trak penarik kepunyaannya.
Mengikut perakuan Ragsdale,
kapal itu hanya rosak sedikit sahaja walaupun kesan perlanggaran itu memecahkan
batu besar kepada dua bahagian. Dalam pita video, dia berkata dirinya dan teman
wanitanya merangkak masuk ke dalam kapal dan melihat mayat makhluk asing, tempat
duduk dan panel peralatan bertatah berlian. Dia seterusnya menjelaskan mereka
meninggalkan tempat itu sebaik sahaja melihat kenderaan tentera menghampiri
kawasan itu.
Kesan batu terbelah dua
masih lagi wujud sehingga sekarang. Walaupun ada orang yang tidak percaya semua
cerita pada masa itu, kita masih tertanya-tanya mengapa pihak tentera tiba di
tempat kejadian dalam masa satu jam setelah ia dilaporkan. Kelakuan ganjil
askar yang ditugaskan membersihkan kawasan itu turut menjadi tanda tanya.
Tambahan pula, penduduk
yang berhampiran mendakwa perjalanan mereka dihadkan dan diarahkan jangan
bercakap mengenai apa sahaja yang dilihat. Cerita kemalangan piring terbang
yang berlaku lebih 60 tahun dahulu itu dikuatkan lagi dengan hadirnya orang
yang tidak mahu dikenali ke salah sebuah stesen radio yang terkenal di Amerika
Syarikat.
0 comments:
Post a Comment