Mungkin dalam sistem
suria kita yang mengandungi 9 buah planet tidak terdapat kehidupan makhluk
bertamadun (atau ada di Marikh misalnya?) seperti manusia di bumi. Bagaimana
pula dengan sistem-sistem planet yang berselerak di seluruh cakerawala? Kosong
begitu sahaja? Tidak mungkin!
Di sini diceritakan beberapa
penemuan, catatan dan pengalaman manusia yang pernah dilalui di beberapa belah
sisi bumi. Sekadar beberapa kisah supaya kalian turut sama berfikir keajaipan
ciptaan Tuhan yang Maha Esa ini yang akan terus mencabar minda dan pemerhatian
bagi yang ingin mentaakul. UFO adalah penemuan atau hijab sains yang akan terus
menjadi bahan kajian saintis dan manusia lain yang berminat.
Tentu kita
tertanya-tanya apakah motif sebenar mereka mengunjungi kita di bumi. Banyak
kisah yang terpapar sama ada dalam bentuk makalah, penulisan buku, filem,
mahupun internet, UFO yang membawa bersama makhluk dari dunia lain mendarat di
tempat-tempat sunyi.
Mereka suka mengekori
pesawat-pesawat udara dan armada besar di lautan. Kisah yang sehingga kini
menjadi tanda tanya berlaku di Bermuda Triangle mengenai misteri hilangnya
kapal-kapal yang melalui ruang udara dan lautan di sekitar segitiga tersebut. Ia
kekal memeningkan kepala para saintis dan ahli agama di seluruh dunia. Walaupun
pelbagai teori dan tanggapan diberikan, pastinya UFO tidak ketinggalan.
Melalui pelbagai cerita
dan fakta yang sekian lama kita dengar, dapat dibuat kesimpulan yang terdapat
dua alasan tibanya mereka ke bumi. Pertama, tujuan lawatan mereka seperti mana
matlamat penerokaan kita ke angkasa lepas dan planet lain seperti Marikh, yakni
untuk kajian serius. Mereka mengambil sampel-sampel batu-batan, tanah, air,
tumbuhan, haiwan, dan sebagainya untuk dikaji. Matlamat mereka ialah untuk
mencari dan berhubung dengan kehidupan lain di planet-planet lain.
Keduanya, aktiviti
sampingan tanpa niat untuk membuat kajian. Aktiviti ini termasuk mengekori
pesawat udara dan bermain-main dengannya, mengintai orang-orang yang
bersendirian di tempat-tempat terpencil sambil mengusik mereka, membuntuti kenderaan
di jalan-jalan yang sunyi, membuat penerbangan lalu lintas di udara,
memancarkan cahaya yang terang dan sebagainya.
Dalam misteri hadirnya
UFO, wujud pula satu misteri lain. Mengapa makhluk di dalam UFO tidak membuat
perhubungan secara rasmi dengan pemimpin-pemimpin negara atau saintis ataupun
berhubung dengan pusat-pusat komunikasi yang dibina khusus untuk mereka?
Walaupun terdapat stesen angkasa lepas dan sistem pemancar isyarat di bumi
seperti yang dibina oleh Amerika Syarikat, mereka masih tidak berhubung secara
rasmi dengan kita?
Ataukah ia sekadar ‘hijab’
dari sebalik agenda suatu pihak dalam menunggu akhir zaman?
** Akan bersambung.
Sebelumnya: UFO – Kenderaan Dajjal?
0 comments:
Post a Comment