UFO – Kenderaan Dajjal?

 

Sebermula artikel ini diterbitkan dalam majalah Dewan Kosmik bulan Mac 1999. Saya sudah jumpa artikel penuh ini. Di sini saya salin kembali permulaannya, dengan sedikit berubah sesuai dengan kajian terhadap nukilan novel KOMBAT ARMAGEDON. Rencana penuh akan saya terbitkan kembali, insya-Allah (sebenarnya agak malas mahu taip semula).

UFO – Fakta atau Khayalan

Fenomena objek yang tidak dikenali atau UFO (unidentified flaying object) telah lama menggugah dan mungkin menyihir minda manusia. Berabad-abad lamanya UFO muncul di muka bumi di seluruh dunia. Bermacam cerita yang didengar dan pelbagai misteri masih belum terungkap.

Upaya manusia masih lagi terbatas, mungkin. Semuanya meminta serta menggasak akal manusia dan teknologi mencari penyelesaian konkrit terhadap fenomena ini. Kita, manusia berakal sebenarnya tidak pernah putus asa menggali dan mengkaji kemunculan UFO ini.

Ya, kata kunci ialah 'menggali' dan 'mengkaji'.

Sejak zaman dahulu kala lagi, yakni sejak tamadun manusia moden bermula di wilayah Mesir atau wilayah lain, sejak itulah timbulnya cerita dan perkisahan UFO dan makhluk asing yang mendarat di bumi (atau makhluk itu lari dari bumi dan menghuni planet lain, kemudian kembali ke bumi). Isu ini juga merangkumi tanggapan yang ada pihak berkuasa cuba merahsiakan penemuan mereka.

Bukti tetap samar-samar, namun terlalu banyak cerita yang diperikan sejak berzaman lagi. Tambahan pula cerita muncul dan bertemunya UFO bukan sahaja diceritakan oleh orang-orang dahulu kala, malah abad-abad ke-18, 19 dan 20 juga menyaksikan cerita misteri dari penemu atau yang terserempak dengan entiti itu.

Berani menafikan wujudnya makhluk-makhluk selain penghuni di muka bumi kita ini berupa manusia dan para jenis jin? Atau tidakkah di lapisan-lapisan tujuh petala bumi ada ‘bumi’ lain yang ‘terperangkap’ di telan zaman? Logik akal sihat manusia membenarkan yang alam semesta yang maha luas dan misteri ini tidak mungkin kita sahaja yang hidup.

Tidak mungkin Allah yang Maha Agung, Maha Bijaksana dan Maha Besar hanya menempatkan kehidupan di planet bumi yang kita nampak sahaja.

3 comments:

Adam Isa Al-Fateh said...

fuhhhh.. Dah lama saya tinggalkan dunia kajian ini . Berehat sebentar daripada niche ini.

Web Sutera said...

Ya, sahabat hamba Tuan Adam Isa Al-Fateh. Justeru membaca buku-buku beliaulah yang menyedarkan minda saya, "Wei! Kau ada tulis fasal UFO dulu!" Untuk sebuah usaha berjudul KOMBAT ARMAGEDON, insya-Allah.

Adam Isa Al-Fateh said...

Terbaik tuan Web Sutera. Bukanlah misteri dunia itu dibongkar untuk saja-saja, tapi untuk membuka mata dan mengambil pengajaran serta iktibar.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger