Sebermula
artikel ini diterbitkan dalam majalah Dewan Kosmik bulan Mac 1999. Saya sudah
jumpa artikel penuh ini. Di sini saya salin kembali permulaannya, dengan
sedikit berubah sesuai dengan kajian terhadap nukilan novel KOMBAT ARMAGEDON.
Rencana penuh akan saya terbitkan kembali, insya-Allah (sebenarnya agak malas
mahu taip semula).
UFO
– Fakta atau Khayalan
Fenomena
objek yang tidak dikenali atau UFO (unidentified flaying object)
telah lama menggugah dan mungkin menyihir minda manusia. Berabad-abad lamanya
UFO muncul di muka bumi di seluruh dunia. Bermacam cerita yang didengar dan
pelbagai misteri masih belum terungkap.
Upaya
manusia masih lagi terbatas, mungkin. Semuanya meminta serta menggasak akal
manusia dan teknologi mencari penyelesaian konkrit terhadap fenomena ini. Kita,
manusia berakal sebenarnya tidak pernah putus asa menggali dan mengkaji
kemunculan UFO ini.
Ya,
kata kunci ialah 'menggali' dan 'mengkaji'.
Sejak
zaman dahulu kala lagi, yakni sejak tamadun manusia moden bermula di wilayah
Mesir atau wilayah lain, sejak itulah timbulnya cerita dan perkisahan UFO dan
makhluk asing yang mendarat di bumi (atau makhluk itu lari dari bumi dan
menghuni planet lain, kemudian kembali ke bumi). Isu ini juga merangkumi
tanggapan yang ada pihak berkuasa cuba merahsiakan penemuan mereka.
Bukti
tetap samar-samar, namun terlalu banyak cerita yang diperikan sejak berzaman
lagi. Tambahan pula cerita muncul dan bertemunya UFO bukan sahaja diceritakan
oleh orang-orang dahulu kala, malah abad-abad ke-18, 19 dan 20 juga menyaksikan
cerita misteri dari penemu atau yang terserempak dengan entiti itu.
Berani
menafikan wujudnya makhluk-makhluk selain penghuni di muka bumi kita ini berupa
manusia dan para jenis jin? Atau tidakkah di lapisan-lapisan tujuh petala bumi
ada ‘bumi’ lain yang ‘terperangkap’ di telan zaman? Logik akal sihat manusia
membenarkan yang alam semesta yang maha luas dan misteri ini tidak mungkin kita
sahaja yang hidup.
Tidak
mungkin Allah yang Maha Agung, Maha Bijaksana dan Maha Besar hanya menempatkan
kehidupan di planet bumi yang kita nampak sahaja.
3 comments:
fuhhhh.. Dah lama saya tinggalkan dunia kajian ini . Berehat sebentar daripada niche ini.
Ya, sahabat hamba Tuan Adam Isa Al-Fateh. Justeru membaca buku-buku beliaulah yang menyedarkan minda saya, "Wei! Kau ada tulis fasal UFO dulu!" Untuk sebuah usaha berjudul KOMBAT ARMAGEDON, insya-Allah.
Terbaik tuan Web Sutera. Bukanlah misteri dunia itu dibongkar untuk saja-saja, tapi untuk membuka mata dan mengambil pengajaran serta iktibar.
Post a Comment