Catatan kedua di PBAKL 2013 minggu PRU ke-13


Daripada pembaca tegar buku kini sebagai pengkarya, saya menghormati dan kagum dengan penerbit Galeri Ilmu Sdn Bhd dan bosnya, Cikgu Abu Hassan Morad (grafik bawah). Justeru tanpa was-was, mereka juga sudi menerbitkan buku dan novel nukilan saya. Subhanallah!


Dalam bab Pendahuluan bagi novel sejarah Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH, saya ada masukkan perenggan di bawah:

Saya juga mahu menitipkan sebuah pengajaran yang dibentangkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, "Saya tegaskan sekali lagi bahawa perpaduan akan tercapai jika semua pihak menerima Islam sebagai asas dan Al-Quran sebagai panduan. Alangkah sedihnya dalam mencari penawar terhadap perpecahan ummah ini. Ramai yang masih meraba-raba dalam kegelapan mencari cahaya, sedangkan di tangan sendiri sudah ada lampu suluhnya.” 

Jangan! Jangan tuan dan cikpuan fikir sang daif ini hebat. Yang hebat, bahkan Maha Gagah, ialah Allah Azza wa Jalla. Saya cuma sezarah ciptaan Maha Agung, penghuni maya pada demi kelansungan mati sebelum hidup. Saya kutip kata-kata Tuan Ramlee Awang Murshid, "Hebat itu Allah. Kalau karya saya hebat, itu milik Allah." 

Bersama kita beristighfar.

Alhamdulillah. Subhanallah. Sudah dua kali info ini saya dapat - dari editor dan bos penerbit MUST READ SDN BHD. Mereka memberi maklum yang buku motivasi addin ini (grafik bawah) digemari oleh pembeli, antara buku yang laris di pasaran. Sebuah penerbit dari Indonesia juga berminat untuk membeli hak penerbitan, tetapi pihak penerbit di sini tidak benarkannya justeru alasan tertentu.
Terima kasih, para pembaca. Ini berita yang bukan setakat mengujakan, malah yang lebih penting ialah hasrat saya tercapai, yakni untuk berdakwah secara mudah dengan menulis. Moga Allah memberi kebaikan untuk kita semua.

Hari ke-6 PBAKL 2013, tiba di PWTC tepat jam 10.30 am. Fuh! Fenomena Melayu dan Islam yang minat buku dan ilmu. Bagaikan semut menghurung gula tumpah! Sendat, padat, meruap, merayap! Hebat dan mengujakan. Sehari suntuk saya di sana. Banyak ilmu dicicip, banyak kisah dikutip.

Penghargaan untuk pembeli novel sejarah Konstantinopel: Kibaran Panji AL-FATEH dan Macedonia - Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain, serta buku motivasi Berfikir Gaya Champion dan 50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW). Jujukan srikandi Islam meraih sedar. Doa saya agar tuan dan cikpuan beroleh manfaat dan redha Allah. Amin.

Kalian mahu tahu apa yang saya tahu di hari ke-6 PBAKL 2013? Mengejutkan! Sepanjang saya berada di booth Galeri Ilmu Sdn Bhd sehingga malam, majoriti yang membeli novel sejarah Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH setebal 896 muka surat ialah pelajar perempuan IPT. Doa saya semasa autograf agar mereka menjadi srikandi Islam yang membela agama dan Rasulullah (SAW). Amin.

PBAKL 2013 masih berlangsung kini
Ramainya orang sudah pasti;
Andai belum sempat membeli novel ini
Sudikan bersama saya Sabtu nanti.

Panji AL-FATEH kita kibarkan
Bendera jihad ayuh kobarkan;
Terima kasih hamba ucapkan

1 comments:

Web Sutera said...

Berita penganjur PBAKL 2013. "Jawatankuasa Penganjur memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa menutup operasi pada Ahad, 5 Mei atas faktor keselamatan."

Malaysia tidak selamat atau takut pada bayang-bayang? Apa pun alasannya .. INI KALILAH!

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger