BERKOKOK BERDERAI-DERAI, TAPI EKOR BERGELUMANG TAHI

Komentar pedih, namun ada poin. Sangat signifikan untuk dipandang dari lensa berbeza, insya-Allah.

@@@@@@

Ketika mana bangsa lain menerpa dan menerjah menggunakan kelebihan globalisasi, kita seakan terkapai-kapai hilang arah. Ketika mana Brunei, negara kecil berdiri padu dan kukuh keluar dari bayangan orang lain untuk mengistiharkan penggunaan hukum Allah dalam pentadbiran negara kecil yang sering dicemuh dan dipandang sinis ini.

Nah tidak malukah kita. Kita sangat miskin. Kita berbalah Melayu atau Islam. Hatta tak boleh beza Melayu atau Islam. Akan ada orang akan berkata tak apa Melayu hilang, Islam ada. Hakikatnya Brunei menunjukkan jalan kepada kita; bacalah falsafah MIB- Melayu Islam Beraja yang cukup murni jelas dan tertib.

Kita `terkurung’ dalam syok sendiri. Berbangga tidak bertempat. Negara ini kita punya. Kita berkuasa kita pemerintah, tetapi hakikatnya pemimpin Melayu seperti ayam berkokok berderai-derai, tapi ekor bergelumang tahi!

Kita sangat miskin. Kita sangat dhaif. Insaflah. Bahasa Melayu pun kita berbalah dan tak berani nak pelihara. Apatah lagi dengan tulisan jawi, yang kita bunuh! Pakaian Melayu bersampin - yang cukup indah dan murni menjadi amalan orang Melayu di Brunei terutama pada hari Jumaat dan hari kenduri dan perayaan - tetapi di negara yang orang Melayu dikatakan hebat ini, kita menjadi sangat pengecut.

Kita bangsa yang miskin. Malu pada budaya sendiri - silat sedang terkubur, kraftangan Melayu yang semakin pupus, hatta kadangkala mencari tukang gunting Melayu di negara sendiri pun susah sekali.

Kitalah bangsa yang sangat dhaif dan miskin, menunggu masa akan tersungkur di bumi sendiri. Apakah ertinya kata-kata Melayu tidak hilang di dunia, kalau kitalah menjadi petualangnya.

Pemimpin Melayu tidaklah perlu mendabik dada kerana anda dan pemimpin dahulu sama saja. Andalah mengajar anak-anak bangsa sendiri menjadi miskin. Anda berkata anda ada kuasa - gunalah kuasa anda jika anda benar-benar berkuasa. Atau anda sebenarnya lebih miskin daripada orang-orang yang anda pimpin!

** Luahan rasa Cikgu Abu Hassan Morad (foto), penulis dan pemain industri perbukuan negara.

1 comments:

Anonymous said...

dalam sesebuah negara, mana-mana negara, untuk melaksanakan satu undang-undang/akta perlu ada 'kuasa' untuk 'menguatkuasa'kan undang-undang tersebut ... yang memegang tampuk kuasa itulah yang mainkan peranan untuk laksanakan undang-undang/akta tersebut ...kalau yang memegang tampuk kuasa TIDAK mahu laksanakan undang-undang itu, cerita hanya tinggal cerita.....!!!

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger