Gersang padang pasir ...


Bandar metro yang dibangunkan oleh tenaga keseluruhan warganya kira-kira sepuluh dekad yang lalu musnah dalam masa satu malam sahaja, dua abad mutakhir. Berlokasi di tanah tinggi utara Kemboja, Angkor Wat Kol Ker menjadi mercu tanda pusat kerajaan atau sebuah benua yang memanjang ke selatan berbatasan dengan Empayar Sriwijaya di Sumatera dan Empayar Shailandra di Jawa. Kerajaan-kerajaan itu juga saling berkerjasama membentuk sebuah tatakelola dunia – sebuah pentas dunia di Nusantara.

Di sisi timur laut Dinasti Tang dari suku kaum bermata sepet memerintah, manakala di barat di Timur Tengah, panji-panji Islam berkibar dan berkembang pesat meniup sebuah tamadun baharu kemanusiaan. Muhammad, manusia ummi utusan Allah sudah wafat. Kini para penganutnya tegar meneroka dunia baharu yang masih misteri di mana-mana. Gersang padang pasir bukan penghalang usaha menyeru manusia agar kembali ke sembahan asal di alam roh.

** Apa dia? Di sini.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger