Komentar
dari seorang penulis dan penggerak dunia perbukuan Melayu-Islam di Malaysia terhadap
jutawan Melayu Tan Sri Syed Mokhtar
Al-Bukhary. Baca dan fahamilah baik-baik. Usah taksub melampau terhadap politik
kepartian, baik UMNO, PKR mahupun PAS.
Namun politik itu kehidupan kita, saya
akui. Walaupun demikian, buka mata dan hati, jangan main belasah sahaja semua
yang kita dengar. Allah sudah memberi pesan agar mentaakul dan siasat apa yang
diberitakan, bukan main sauk tanpa jaringan. Kelak hasil menyauk itu seumpama ikan
akan terlepas, dan menjadi mangsa mainan sang buaya.
Islam tetap saya junjung, dan maha percaya bahawa dengan
Islam apa sahaja bangsa dan negara akan benar dalam perlakuannya, dengan izin
Allah.
Saya kongsikan di bawah.
@@@@@@@
Anda
mungkin terperangkap dengan mainan ‘pelakon’ yang menyerang Tan Sri di
akhir-akhir ini. Mereka hairan. Selalunya orang Melayu, kalau berniaga
lama-lama bungkus, sebalik Tan Sri semakin kemas dan grafnya terus memuncak.
Mungkin
anda juga beranggapan bahawa Tan Sri mendapat anugerah syer dan laluan mudah
untuk mendaki dalam perjuangannya. Saya tidak mahu mengatakan anda silap, tetapi
anda harus tahu beberapa perkara.
Ketika
Bank Bumiputera dibungkus dan dikapan dan dikambus tanpa kubur akibat rakusnya 'penyamun' dan petualang negara ini, nasib ribuan pekerja Melayu-Islam
terkonteng-konteng. Untuk menyelamatkan keadaan, lahirlah Bank Muamalat, dan Tan
Sri orang yang mengambil tanggungjawab berkenaan.
Ketika
MMC tenggelam timbul, Tan Sri sekali lagi datang dan membida syer dan menyusun
semula MMC untuk kembali bersaing di pentas antarabangsa. Ketika DRB Hicom
terumbang ambing dan hampir jatuh ke tangan kroni lain, Tan Sri juga datang
menyelamat maruah kita.
Apa
lagi? Apabila Tan Sri memiliki syer Gardenia, puak kapitalis China menubuh dan
menggerakkan Massimo semata-mata untuk mengekang kemaraan Tan Sri. Bukan itu
saja, mereka berkempen habis-habisan untuk melumpuhkan operasi Gardenia.
Lupakah kita semua itu?
Sebelum
Tan Sri memiliki saham dalam MPH, jangan harap buku-buku Melayu nak ada di
rak-rak depan MPH. Kini keadaan sangat berbeza, buku-buku Melayu berada setaraf
dengan buku-buku Inggeris dan bahasa lain.
Jika
anda masih sangsi, terpulanglah. Tetapi saya harap anda tidak mudah terjerat
dengan mainan pesaing-pesaing kita yang berusaha merendahkan dan meruntuhkan
kecemerlangan ketamadunan Melayu-Islam di negara ini.
** Komentar Cikgu Abu Hassan Morad.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
4 comments:
ye le kalau semua harta karun dimalaysia ni dia seorang yg sapu ,tak ada peluang langsung utk orang lain berniaga bukankah itu namanya tamak haloba suku sakat syaitan.
dio kayo dapek kilang csr gulo pon naik apo cito..drb own proton tp jua keto proton maha kamain proton saga 1.3 xdo air bag sampai RM3+k apo cito...cubo d jalehkan sadikik....kalau waang urang islam...kan waang pandai karang buku jawab yo lah
Insya-Allah, selagi komen berpijak di bumi nyata, saya benar dan biarkan.
Jgn cuba mengeliru dan menuduh kami tak mahu melihat melayu berjaya dan kayaraya. Kami sebenarnya tidak pernah bermaksud anti Syed Mokhtar atau cenburu akan pencapaiannya. Apa yg kami mahu semua kekayaan di kongsi sesama melayu bukan dimonopoli seorg melayu utk jadikan dia top 5 terkaya sedangkan masih banyak melayu yg melarat. Saya bukan penyokong Yahudi tetapi apa yg baik kita ambil sebagai contoh walaupun mereka musuh kita. Tahukan Admin tiada seorang Yahudi pun dari dulu hingga la ni menjadi org terkaya didunia walaupun ramai Yahudi didunia adalah kaya raya dan jutawan sehingga ekonomi sesetengah negara spt US dibawah kuasa Yahudi. Mereka tidak pernah memegang ranking 10 teratas kaya didunia. Bill Gates, Carlos Slim, Amancio Ortega etc. dan yg sebelumnya bukan keturunan Yahudi. Yahudi tak jelat nak jadi manusia pertama terkaya, tetapi mereka lebih cenderung kpd Yahudi adalah kaum teramai yg kaya didunia. Dlm soal Syed Mokhtar ni, kenapa tidak mengagihkan project2 kpd melayu2 lain yg berkelayakan setaraf dengannya untuk menjadikan ramai org melayu yg kaya bukan seorg Melayu sahaja terkaya di Malaysia.
Post a Comment